24 December 2012

nonsense?

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.



Hello… hye…. And what ever..

Hari ni dhiya nak bebel sorang2..ha5..ade yang sanggup untuk terus membaca? Just kalau sanggup teruskan roll your mouse down k?
Hari ni rumah atok dhiya ade kenduri(rewang) sikit2 sebab ada bacaan yasin malam ti kat rumah atok. Bagi family dhiya(adik beradik) makcik/pakcik yang paling kitorang nantikan tiap kali sedare mare nak balik meti makcik kitorang yang namenya Kasni. Why? Haha5… coz adelah.. bagi dhiya dan adik2 lain2 mak cik Kasni @ Wak Ani ni mempunyai ranking tertinggi dalam hati kami. 

Wak Ani adalah makcik terbaik ever after. Tak taulah kenapa. Tapi apa yang dhiya pasti beliau banyak membantu family dhiya. Sejak ayah dhiya kecik lagi dia dah sangat membantu. Dia seorang yang baik hati dan suka bagi nasihat. Bukan sahaja pada anak2nya yang ada rupa tu tapi juga pada anak2 buahnya seperti kami ni. Family beliau sangat disenangi oleh family dhiya dan saudara mara yang lain.

Sifat Wak Ani yang Peramah dan disenangi itu juga turun pada anak2nya yang lain. Terutama abang Hattadi. Abg Hatta ni kalau bab nak bersyarah dah mengalahkan abah dia. Nampak matured sangat. Wow! Terbaik! So dhiya sangat hormat pada family ini. Masa dhiya nak daftar masuk KKAS dulu pon Wak Ani banyak tolong tak kira lah dari segi kewangan atau pon sokongan emosi. Awal2 bulan dhiya kat sana dia sokmo call tanya khabar. Dah macam mak dhiya pulak. Terharunya….
Dhiya sangat bangga sebab ada mak cik dan pak cik seperti Wak Ani dan suaminya Wak Din(Zainuddin). Dan sepupu seperti abang Hatta dan adik2 nya.

Pada dhiya, kita bersaudara saling hormat menghormati seperti ahli keluarga sendiri. Tak perlulah nak tarik2 muka..erm..buang yang keruh amik yang jernih tau!


berblog untuk hiburkan hati ^_^

1 comment:

Unknown said...

sedih la story psl ayah dia tu ;'(



aku tag ko dlm giveaway ni

http://pinkexia.blogspot.com/2012/12/huda-syafiqah-s-1st-giveaway.html