18 December 2012

Betapa Tabahnya Mak and Ayah Kita.

Dalam family dhiya, kmi semua memang minat niaga2 ni dari ayah sampai lah adik dhiya yang kecik darjah 1 tu..cuma mak dhiya la. Dia prefer menjahit je. Bab niaga2 ni dia just tolong ayah jer. Masa dhiya sekolah rendah dulu, dhiya jual jeruk amek dari KL dapat murah..ngan brooch.... pastu form4 & 5 jual coklat kat sekolah.. mane dapat coklat? adela... pastu stop jap nak naik sem 6 ni baru nak jual semula. Alhamdulillah laku la jugak... he5... 

Sejarahnya, family dhiya pernah jual bunga/pasu/tanah baja, atau biasa orang panggil nursery.

Masa ada nursery dulu, dhiya syok sangat. Macam ada bussiness pulak. Tiap kali lori balik bawa pasu, baja ngan bunga, dhiya ngan adik beradik yang lain semua keluar panjat atas lori and bawa turun semua barang2 tu. Kiranya kami semua ni puteri2 yang gagah la…Time ade nursery tu rasa cam mewah sikit hidup sebab rezeki tak putus. Walaupon lokasi umah dhiya agak terdalam sikit, tapi rasanya popular jugak dalam kalangan orang kampong dhiya he5.. 

Even costumer kami, ade jugak yang bukan dari kampong tu. Dhiya ingat lagi ade satu pasu bunga yang ayah bawa balik, besaaaaar gile… Kitorang letak ikan ngan bunga teratai dalam tu lawanya… Kawasan depan rumah dah macam taman. Lawa gile.. bab macam ni serah kan je kat adik dhiya yang kreatif tu Fatin.

Tapi semua ni hilang apabila banjir melanda Johor  pada  tahun 2006. Masa tu, kereta kami terendam sebab xda sapa nak tolong alihkan. So xdak kereta pas tu. Pastu ayah beli kereta 2nd hand murah2 saja. Nursery kesayangan kami pon tak terlaksana dah pas tu. Dhiya ingat bila dah kerja ti, dhiya nak buka nursery tu balik. He5..seronok berniaga sebenarnya. Kan KORIE?

Ayah dhiya ada wat landskap. Dah merata dia gi sebab wat landskap saja. Ayah dia belajar sampai SPM je. Xde dip, xde degree tapi dia berkebolehan. Malangnya under Boss dia jer sayapnya berkembang. Kenapa ayah x jdi designer landskap jer? Kan gaji tinggi. Tak payah bawak lorry lagi tapi ayah kata memang hidup dia dari dulu bawak lorry jer. Erm.. xde pe yang dhiya dapat katakan.

Punya nye semangat ayah dhiya ni nak berniaga, macam2 dia nak wat tapi xde sape nak support dia sebab dhiya sendiri ade kerja lain, adik2 belajar lagi, mak sibuk dengan tempahan jahitan. So, ape yang dia plan semua x menjadi. Insya Allah bila murah rezeki dhiya ti, dhiya tolong ayah ye..

Mak, mak selalu x menang tangan sebab banyak sangat tempahan jahitan dia. Dhiya sendiri xtau macam mana mak boleh manage amik banyak giler tempahan. Sampaikan sakit nak siapkan tempahan tu. Mak kata x boleh tolak sebab semua costumer tetap. Makin lama makin  banyak pulak costumer tetap dia.

JANUARY-SYAWAL
Mak dah start bz dengan tempahan baju raya. Wow raya bulan 7-8 tapi tempahan datang awal giler. Sebab, probability baju tak siap adalah tinggi apabila lambat hantar baju. Hipotesis nya, semakin lewat hantar baju pada mak saya, semakin lambatlah baju tu akan siap. Silap2 hb xsiap langsung.. O’O.. bayangkan lau 1 family ade 5 member, 1 kepala 3 pasang. Baru 1 lau 5 ke 6 macam tu? Gila ah! 

Even baju kami sendiri, sebelum puasa dah siap. Maka disebabkan itu, sepanjang puasa kami kenalah jaga badan xmau bagi naik lau x, x muat ti masa 1st day raya. Tapi pernah sekali tu, baju adik dhiya, mak jahit pagi raya. Mak xsampai hati tengok adik nangis malam raya tengok baju dia xsiap lagi.

NOVEMBER – DECEMBER
Dah bz pulak dengan baju2 sekolah budak2. Baju adik2 of coz mak kena siapkan awal.  Walaupon tempahan x banyak macam raya tapi still la kan bz. Nasib baik baju sekolah nix de macam2 pattern macam baju raya. Lau x mesti jenuh kan?


Baju yang banyak2 cam tu larat ke mak nak siapkan? Dhiya bagitahu mak upahlah orang. Tak kan semua nak buat sendiri? Tapi mak kata mak tak tahu nak upah sapa. Lagi kan Cik Sikin ade. Xpe lah.. Cik Sikin ni BFF mak. Dia memang tolong mak jahit sikit2.. bukan jahit baju, jahit jelujur ntah ape ntah xtaw la namanya apa. Dhiya memang x mewarisi kemahiran menjahit ni dari mak. Dalam family, akak ngn adik Fatin jer pakar bab2 macam ni. Yang lain, hampeh.. Maaf lah mak ye.. susah la jahit2 ni. Dhiya xde skill langsung. Masak xreti, ramah pon tidak, drive xtaw, jahit hodoh.

FAMILY MEMBERS
SKILL
Ayah
Memandu lori, design landskap, memasak
Mak
Menjahit,memasak, jaga anak(terbaik)
Kakak
Melukis , memasak, berani and garang, ramah
Mira(adik)
?? cun sangat kot. Belajar cepat tangkap.
Fatin(adik)
Melukis, menjahit manic, kretiviti sgt tinggi, memasak
Fatimah (adik)
Pakar mengawal emosi, tapi xreti control makan
Syira(adik)
Petah berkata2, pandai bodek bila nak something.(almaklum budak kecik)


berblog untuk hiburkan hati ^_^

5 comments:

korie hensem said...

banjir besar 2006 mmg kc prubahan agak besar kt family hang eh . sabar k .


apa kata ang blajar menjhit time cuti ni, nt free2 boleh r tolong mak jahit baju, kan byk tempahan? lgpon klu pandai menjahit akn jd kelebihan bg perempuan yg nak kahwin xlama lg mcm kau.

xbley blah, boleh pulak ang detailkan klebihan adik2 hang. haha ;)

klebihan mana? xaci r xda!

SuDu Biru said...

hi..singgah dan follow sini..do visit me back? :) thanks

D.A.N said...

aq xde kelebihan la..sungguh xde

Anonymous said...

ada kelebihan yang tersembunyi..

Brader Retro said...

awak ada kelebihan yang tersendiri..