31 October 2012

start to fall in love again

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

dhiya dah mula jatuh hati dan jatuh hati dan bertambah jatuh hati pada fotografi.. dan baru dhiya realise yang dhiya sebenarnya sukakannya... tadi ada sorang kenalan yang sanggup nak jadi tourist guide lau dhiya nak datang satu tempat yang dhiya teringin nak gi..excellent..

arini dhiya baru belajar 1 perkataan yang ade kaitan dengan photo .. vignette.. benda tu ada kat mana2 photo editer.. picasa ke photoshop ke tapi dhiya jer tak tau meaning dia ape.. tadi try search.. oh..gini and gitu rupanya.. teringin nak buat dip kat bidang ni..ade bran x?

try post gambar2 yang dhiya tangkap kat fb dan dapat feedback yang ok2..da nasihat yang berkesan...thank you sebb support beginner macam dhiya..
berblog untuk hiburkan hati ^_^

Rezeki Allah Yang Bagi

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


ha5..alhamdulillah... tau x kenape dhiya cakap macam tu? sebab hari ni dhiya telah di beritahu bahawa KKSP telah meminta maaf kerana menggabungkan 2 kategori semasa pertandingan hari tu. kami telah di persilakan untuk menjadi wakil utara bagi tarian tradisional dan secara keseluruhan menjadi juara bagi ketegori tarian tradisional. kepada K O R I E terpaksa lah dia update ENTRY LEPAS dia yang mengatakan no more tarian untuk dhiya..ops...no4..that's never happen...

so nurin ketua kami telah mula memerah otak beliau untuk step terbaru kerana menuut dia tadi dia akan tambah lagi 5 minit pada tarian kami yang asalnya cuma  minit saja...he5... suka dan gembiranya rasa hati...

betul kata nurin masa kami tak di iktiraf juara sebelum ni, dia kata kalau ada rezeki takkan ke mana... tunggu je lah.. memang syukur ke hadrat Illahi...

kadang2 kita tak dapat duga pun ape akan jadi masa akan datang.. rezeki tu ada kat mana jer... mungkin dhiya dah boleh terima balik ayat "setiap sesuatu ade hikmah di sebaliknya". Syukur Alhamdulillah....

dhiya akan berusaha lebih lagi untuk buat yang terbaik... chaiyok2...

berblog untuk hiburkan hati ^_^

28 October 2012

Sayangkan Sahabatmu...

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

Dhiya dulu pernah ada bestfriend. Hubungan kami sangat baik. Tapi apakan daya, hubungan kami terputus begitu saja. Sebab apa? banyak sebab yang tak dapat di ungkapkan. Dhiya, bila dah berkawan, dhiya akan sayang dia dan tak sanggup nak lukakan hati kawan dhiya. Dan dhiya akan percayakan dia. Bila kawan minta tolong, susah bagi dhiya untuk katakan tidak.

Sejak sahabat lama dhiya tu tak berkawan dengan dhiya lagi, dhiya dah susah nak jalinkan hubungan sahabat yang rapat lagi. Bagi dhiya tiada istilah sahabat baik lagi. Cukuplah sekadar teman. Tiada teman susah dan senang. Hanya teman sekadar teman.


Bahaya bila Dhiya dah mula sayangkan sahabat tu sebab dhiya takkan biarkan dia bersendirian dan kesunyian sebab dhiya pernah di tinggalkan bersendirian.  Dhiya keseorangan. Dia lupakan dhiya bila dia dah jumpa kawan yang lain. bila dia perlukan pertolongan, dhiya kembali pada dhiya tapi bila dia senang, sekali lagi dia tinggalkan Dhiya.

Dhiya pernah marahkan dia bila dia berubah tapi setelah sekian lama, dhiya maafkan dia. Tapi tak da dah kemanisan hubungan kami seperti dulu. dia tetap berubah. takpe dia cuma dapat doakan yang terbaik untuk dia. pada dhiya, bersahabatlah dengan semua orang. takda ape   pon yang rugi kalau kita baik dengan semua orang..
berblog untuk hiburkan hati ^_^

27 October 2012

Rumah adalah syurga ku

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


bila korie selamat beraya di home town dia di penang, dhiya pula merayau di taiping di rumah salah seorang member dhiya. seriusly sampai rumah dia time tu malam so xnampak ape la.. sampai2 jer di perkarangan rumah member dhiya tu, beberapa ekor lembu sudah menunggu di depan pintu pagar.. ha5 seram gak time tu, takut kena kejar ke ape ke tapi xde papelah sebab ayah dia dan brader dia yang encem tu ade dan halau lembu2 tu masuk ke kandang..

pagi tu dhiya bangun awal la gak kan sebab rumah orang. lau rumah sendiri kul berape ntah baru bangun. he5..
bangun jer tido, solat, dhiya terus ke luar rumah. tu dia..bendang terbentang luas..bukit bukau mengelilingi kawasan rumah.. wau cantik giler..

tapi ada satu yang dhiya ralat sangat ,tak dapat amik gambar kat sungai lata dia wey.. cantik giler2... rasa geram gak la ade orang tu dah janji nak bawak tapi xbawak xpelah bukan rezeki. tu makna nya dia suh dhiya datang lagi kot.. tapi x tau member tu nak ajak ke tidak.. seyes cantik giler sungai tu dah rupa air terjun pun ade...

tapi member dhiya ade ajak gi taman tasik taiping berdekatan dengan zoo taiping.. nice place.. tau x? mata dhiya nampak betapa cantiknya kawasan tu tapi dhiya x dapat interprate kan dia melalui foto2 yang dhiya amek.. dhiya jadi geram sangat.. dhiya rasa x guna kamera mahal2 tapi guna x reti..arh rasa cam nak campak jer kamera tu kuar dari kereta... dhiya jadi rassa stress..dhiya nak belajar sume tuu!!

tapi xpe pengalaman yang indah berada di samping keluarga member tu..

dhiya dilahirkan dalam keluarga dimana semua sibling dhiya adalah perempuan. so, dalam hidup dhiya ni batas dengan laki sangat tinggi. except ayah , atok dan sepupu dekat.. bila masuk dalam keluarga Alia, dia ade tiga sibling lelaki iaitu 2 abang dan 1 org adik lelaki. 2 kakak dan 1 orang adik pompuan. semua muka lebih kurang plak tu.. tengok Alia bertepuk tampar dan bergurau dengan sibling lelaki dia dhiya jadi rasa wah jeles nya ade sibling lelaki. dhiya pon teringin tapi nak wat camne dhiya rasa family dhiya dah cukup x perlu nak tambah lagi. so its okay lah.. just nice to be in that family.. thanks alia dah sudi bawa aku gi umah ko yang so lovely especially your mom.. aku takkan lupa family camni...

kau yang terindah..........

p/s: bila line ternet dah ok ti dhiya akan edit entry ni.. dhiya nak upload gambar yang dhiya amek kat taman tasik taiping
berblog untuk hiburkan hati ^_^

19 October 2012

Am I Know Myself?

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

Sejak kecil dhiya menanam minat untuk menjadi seorang jurugambar profesional. Tapi malangnya minat dhiya tak dapat restu dari ayah. Ayah kata course tu guna bajet yang tinggi. lebih kurang macam ni lah dialognya :

Dhiya : ayah, ti abis SPM, ewa nak apply kursus fotografi boleh tak?
Ayah : Ewa, kursus tu perlukan bajet banyak la.. 1 kamera jer dah berape.. tu tak kira lagi alat    tambahan...lagipun lepas ni ewa kena pilih pulak macam ne nak manfaatkan bidang ni? pastu nak kerja sendiri ke makan upah? makan upah dalam bidang ni gaji sikit.. lain la kalau ewa tau nak kerja sendiri dan uruskan perniagaan dalam bidang ni...

macam2 lagi la ayah cakap tapi dhiya dah x ingat..memang banyak la...Agak kecewa jugak la sebab dhiya tanam minat tu bertahun lah jugak.. kiranya tu lah impian tertinggi dhiya dalam hidup ni..

untuk pengetahuan semua, dhiya agak rapat dengan ayah. sbab tu lau ape2 dhiya tanpa segan silu memang akan cakap kat ayah. hingga kan ada krisis dalam keluarga, dhiya tetap di pihak ayah. dhiya sokong ayah sampai bila2. tapi bila dhiya wat camtu mak cakap dhiya x sayang kat mak pulak. bukan macam tu. dhiya cuma terlalu percaya kat ayah bukan nya x sayang mak..ok berbalik pada topik cita2

Dhiya x give up untuk terus bergambar. biar pun pakai tepon je.. kadang2 dapat kamera, 1 gambar dhiya pon xde. sebab dhiya yang amek gambar. Disebabkan hidup kena ada cita2, dhiya menanam pulak minat untuk menjadi seorang guru...subjek pilihan adalah Math dan English...inilah cita2 tetap dhiya..

 tapi entahlah dhiya rasa aturan hidup dhiya berbeza dengan ape yang dhiya inginkan, impikan, cita2kan.... Allah aturkan dhiya jalani hidup sebagai seorang jururawat pelatih.... agak sentaplah sebab mengapa jadi macam ni... minggu kedua dhiya di sini, dhiya dapat panggilan dari UPSI untuk hadirkan diri semasa pendaftaran di sana. mulanya hati gembira sangat. tapi siapa sangka ada dugaan menanti di sebalik perkhabaran tersebut. mak berusaha memujuk dhiya supaya kekal di sini. dhiya terdiam seketika sebab minat dhiya dah hancur. semuanya menurut kehendak mak dan ayah. dhiya sedih sangat.. mulut dhiya selalu kata benci kat nursing ni tapi bila dhiya attend kerja xde sedikit pon rasa xnak buat kerja tu datang. dhiya masih bekerja seperti biasa. sampaila sekarang dah semester 5 dah pun..

pernah sekali dhiya rasa tak adil sebab kakak dhiya dapat belajar dalam bidang yang dia minat. tapi kalau nak disenaraikan sebenarnya hidup dhiya terlalu bertuah sangat bertuah.. kenapa dhiya cakap macam ni? sebab:

1. dhiya merupakan anak yang sangat manja dalam keluarga, rapat dengan mak dan ayah berbanding kakak dan adik2 lain.

2. dhiya xpernah rasa diri ni rugi walau kat mana pon dhiya berada. dhiya ada elaun, urusan hidup dhiya untuk ke alam berumah tangga kurang kesulitan atau dugaan besar. kakak dhiya belajar atas PTPTN. Bila dhiya menyuarakan niat untuk behenti akak pernah cakp " kau terlalu untung dapat kerja bila habis ti. aku? xdesiapa dapat jamin".

Tiga. Sentiasa ada orang yang support dhiya dari belakang... contohnya mak, ayah, KORIE

4. etc. ti lau dhiya ingat dhiya update
berblog untuk hiburkan hati ^_^

Sedih Pulak Rasanya....

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

Dhiya tengok balik video rakaman menari tarian ayam didik. Setiap kali dhiya tengok video tu dhiya rasa gembira dan sebak. sebab dhiya suka sangat tarian tu. cantik hasilnye.

Sebenarnya sebelum kami dapat hasil yang macam ni, kami semua memandang remeh tarian ni sebab dia mengajuk cara ayam. mula2 memang  malu nak buat tarian ni, macam2 la kitorang kutuk tarian ni. siap cakap zapin lagi best la ape la..

siap marah cik wan(cikgu tarian)  lagi sebab dia x terima asmaradana kitorang, tapi sebenarnya kami xtaw lau dia x tolak tarian tu kami pon x jatuh cinta dengan tarian ayam didik ni.

geng menari


Inilah hasil latihan kami selama ini. Rasa puas hati lah. walaupun kami tidak di iktiraf sebagai juara tapi cukuplah kami tahu daripada 8 buah kolej, kami punya tarian paling tinggi markahnya.

disebabkan markah kena gabung total kolej lain lebih tinggi. kami akur walaupon sedih rasanya.

teringat pulak masa sekolah rendah dulu, Dhiya pon aktif menari jugak. Zapin. Cukup best. gembira sanngat. bagi dhiya sendiri, menari adalah satu terapi untuk hilangkan stress. mendengar lagunya jugak 1 terapi bagi dhiya. xtaw la you all camne..
berblog untuk hiburkan hati ^_^

Nasib Gadis Backstage

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

wajah dhiya yang sangat tegang kat situ nampak x? sebab tengah resah memikirkan  kunci bilik hilang entah ke mana....

ni dah nak balik dah ni... sebelum ni dok back stage jer.. kamera dapat  jer kat tangan bateri habis dah...

nampak x wajah lucu dhiya? terduduk kat tangga sebab penat tapi muka happy kan

ha5 gambar ni paling lucu sekali. nampak x? muka up set sebab bateri habis. kuh4...adoi posing hodoh nyer...

inilah cik Jan yang suka memeningkan kepala dhiya masa backstage tuh.... sebb dia jugak dhiya skip dinner takut dia buat masalah kat atas stage..ha6....

bergambar dengan datuk SUB. datuk sporting. karaoke manjang..datuk terbaik...

1-1nya gambar dhiya sorang2....nasib budak backstage...

katak kembung...hi5...ni dah last nak balilk ni dengar cik khairi , ngan cik khairi soranglagi dan cik Jan melalak atas pentas

on the day nak balik sempat bergambar depan KSKB Ulu Kinta..


puas aty 2harri 1 malam di KSKB Ulu Kinta...tapi bersyukur jugak dapat KKAS. lau dapat kolej yang penuh lelaki abis lah...he5...

melaram kamera dgn nia.. same2 hantu tangkap gambar..terbaik!!


berblog untuk hiburkan hati ^_^

Nurul Iman cantik la.....

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.



tadi dhiya dok belek2 pasal filem Hoore2 kat ternet dan terjumpa satu laporan di blog yang menerang tentang Farah Nazirah atau Nurul Iman. Baca di sini. dok belek2 muka dia ni lawa la jugak.. Kesian dia sebab x dapat meneruskan impiannya untuk berlakon kerana tuntutan ayahnya. xpe abis belajar ti sambung lagi ye... chaiyok2!



untuk pengetahuan semua, dhiya adalah peminat tegar cerita Hoore2... dhiya yakin xde sape2 yang boleh kalahkan dhiya. boleh masuk Malaysia Book of Record gak nye, sebab dhiya dah tonton cerita ni lebih 25 kali.. sebenarnya nak cakap tiga puluh kali tapi key nombor tiga x boleh tekan. ish keyboard nie spoil la..

suka sangat dengar lagu2 dia. tariannye pon best2.. dhiya suka tengok dan rasa x pernah bosan dengan cerita ni..akim dan farah the best!!!



berblog untuk hiburkan hati ^_^

Malas Nak Taip! Pic!

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

untuk entry kali ni, dhiya malas nak taip. dhiya tulis time keje tadi. xde keje kat wad dok kat satu tempat dan lukis karton hodoh ni....he5... ok la tu... have fun...story pasal K O R I E dan Mr. Nothing To Do dia la... dan serba sedikit pasal hari penutup konvo hari tu.. nak upload gambar2 ni semalam tapi line b.b slow...enjoy taw...

memang sengaja dhiya lukis muka domo 2 hodoh. padan muka domo K O R I E

tulisan agak kabur sikit sebab dakwat pen cair sangat. agak2 nampak x?

ayat yang bawah tu kabur, dia tulis : "may I take your picture?" agak2 betul ke ayat tu? paham2 sendiri sudahla

sowie la K O R I E aku lukis muka Mr. Nothing ko 2 hodoh sikit.
yang ada kerawang2 tu dhiya la...ha5...macam ape muka... cik jan tu  comey kang lukis huduh2 bini dia marah plak...
masa jaga system dgn cik jan asyik naik darah je sebab cik jan x mau dgr cakap dhiya. Last2 dhiya cakap kat dia camni, "cik jan, walaupun saya muda, tapi kadang2 saya tau benda yang cik jan xtaw"
Cik Jan sengih je.

aiza lari dengan kain ketat dia. dhiya pulak kusut belakang pentas.. darah gemuruh dah sampai...



xtaw camne nak bagi dia dok melintang..adoi stress....pandai2 la nak telengkan kepala tima baca t..



masa menari joget lambat, si kerinting tu menyemak belakang dhiya nak menari jugak... : P




ni satu lagi x mau dok elok2..pandai2 la nak bace ye..

so totally kitorang sangat have fun kat Ulu Kinta. Penutup memang gempak.. Disebabkan dhiya banyak kat backstage gambar dhiiya x banyak sangat.. anyway cik jan TQ sabar dengan karenah dhiya..



berblog untuk hiburkan hati ^_^

17 October 2012

Postpone Entry Baru

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.''

Disebabkan busy dengan Persembahan untuk konvo semalam, entry2 yang di dlam draft tergendala. Nantilah Dhiya update. So far, untuk entry kali ni dhiya cuma nak bagi tau L.O.V.E in Friendship Part 4 akan tergendala selama beberapa minggu disebabkan ada study week dan exam akhir bakal tiba. Alah, macam la ade orang follow cerita tu. Dah la cerita mengarut dan plot bersepah sape nak bace. jangan nak berangan lah ewa(dhiya) ooi.

Biarlah tak de orang follow pon ade dhiya kisah. Next!

Disebabkan nak tolong kawan baik dhiya cari kekasih hatinya, setiap gambar konvo yang ada dalam kamera dhiya zoom besar nak tengok muka2 yang tersirat(yang kecil2 tu). obses nak tau sape cinta pertama dia.

Tak sabar nak tau.  KORIE, cepatlah balik nak tunjuk gambar ni. Next!

Sepanjang 2 hari dhiya ade kat KSKB Ulu Kinta, giler langsung tak de selera. Sarapan makan roti jer. Pastu bila bas berenti kat Jusco, dhiya pening sangat biasala dah pening mesti nak muntah punya. adoi membe panik, puan pun panik. Maka disebabkan itu, dhiya bedal beli banyak nak isi perut. Beli Tiramisu kat Secret Recipe , rasanya x sesedap Tiramisu yang jual kat HSB. membazir je beli mahal2. Pastu dhiya gi beli pizza. kalut punya psal order la flavour Tuna. Adoi malang lagi sebab Tuna tu banyak nanas. dah la dhiya tak makan nanas. Nasib2...
berblog untuk hiburkan hati ^_^

15 October 2012

Parut Oh Parut...

Assalamualaikum....
Hye..mesti korang tertanya-tanyakan kenapa ade gambar tangan berparut pulak kat atas tu..sebenarnya kat atas tu, gambar tangan dhiya lah..mesti korang pikir dhiya ni budak nakal kan? Sebenarnya ada kisah tersendiri dengan parut di atas tu. Parut ni dhiya dapat masa dhiya baby lagi. akibat BRANULA... tau branula tu ape? nih gambar nye di bawah...
Branula ni dimasukkan kepada pesakit yang admit ward untuk memasukkan ubat atau infusi intravena. Berbalik pada kes dhiya tadi, branula dhiya di insert oleh seorang jururawat terlatih atau staffnurse (SN).
Branula tersebut tidak insert kedalam vena(salur darah tapi terus masuk ke kulit. So, infution yang di runkan selama itu telah masuk ke kulit. Dari cerita mak, mak kata masa tu tangan dhiya dah mengembung macam belon. kira kita panggil sekarang edema atau pun fluid overload maybe...Menurut seorang doktor yang dhiya kenali, Infution tu boleh menyebabkan kesan seperti terbakar ke atas kulit. tapi versi lain yang dhiya dengar dari mak, kulit dhiya terkoyak semasa branula dikeluarkan. wapucitau la...  SN yang bertanggungjawab tu pun punya la meminta maaf macam nak rak. Takut kena saman lah tu. (bil sepital dia tolong bayar . and beli macam2 tok dhiya masa tu.. eleh kita kecik lagi baru 7 hari wat pe beli macam2, bukan kita tau pun.) Doktor pulak nak sedapkan hati mak ngan ayah dia bagitau kat mak dengan ayah yang luka tu tak kan tinggal parut bila dah besar nanti. Habis skang ni dah nak jadi bini orang pon ade lagi kat tangan ni. Besar lagi.. teringin pulak Dhiya nak jumpa orang yang wat tangan dhiya  macam ni boleh x?
berblog untuk hiburkan hati ^_^

14 October 2012

Berlatih VS Bergambar

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

Lagi 2 hari kami akan buat persembahan kat KSKB Ulu Kinta. Niat di hati nak berlatih lah.. Disebabkan semua dah cantik kami duduk2 last2 main tangkap2 gambar la...jom usha member2 tarian dhiya

sebelum start warm up dengan amek gambar dulu

semua nak amek gambar dengan fake chocolate tu...

mutiyah pon sibuk nak bergambar2

berapa kilang coklat bayar suh nia ni jadi model promote coklat diorang..

lihat lah diriku yang gelojoh makan coklat ni....nyum5...

nia .... mutiyah ... dah5 jangan berebut nanti dhiya bawak coklat banyak2 untuk u all...ok?

eh macam mane tu nia? nak makan keropok cecah coklat ke?

sedap member kat belakang tu makan keropok

mutiyah jom kita share... x abes makan sorang ni...

berehat sebentar bersama coklat kat....

ti time nikah dhiya nak wat sireh junjung macam ni...acii x?

cantik sangat ke sireh junjung tu? ataw pon kami x pernah jumpa beliau?

amek gambar banyak2 dulu baru ade mood nak menari pas ni..

eh2 sape yang menyelit kat belakang tu.. sibuk pulak nak interprame...

dhiya pon nak jugak dengan double sireh junjung

senyum! wah nak gi meminang ke?

sebenarnya agak sakit ye tangan dhiya pegang sireh junjung macam tu...

ambil gambar secara kreatif sikit.. nia photographer...

ada can nak jadi model universe x?

terima kasih sireh junjung kerana sudi bergambar bersama kami... jasamu di kenang.....


berblog untuk hiburkan hati ^_^