06 August 2013

Bout my Marriage



read more at here bout my marriage.

setelah lebih sebulan berumah tangga baru hari ini tergerak nak menaip sesuatu di sini.

thank a lot to my beloved friend as your beautiful post KORIE.

Alhamdulillah, akan datang 11.8 resepsi di rumah pihak lelaki pula.. kali ni, Dhiya akan cuba post cepat2..

Dhiya harap sangat di kurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ni.. ye la, orang kata anak tu anugerah..

After married ni, Dhiya belajar banyak sangat tentang alam rumah tangga. yang paling common sekali adalah ayat dari mak mertua Dhiya iaitu, " tak pandai masak tak pe, asalkan rajin ke dapur. nanti lama2 pandailah masak tu.."

Dhiya bersyukur sebab dapat keluarga mertua yang sangat sangat peramah. Although husband Dhiya tu pendiam sikit orangnya, tapi bila dengan family mulut dia sangat nakal. asyik kenakan dhiya je. padan muka hari2 makan 'ketam' dhiya.

Disebabkan dhiya belum lagi dapat mana2 posting, dhiya dan husband decide untuk tidak beli rumah dulu, so, now dhiya stay at my mom's and in law's house. lau husband balik dari Segamat dapatlah bersua muka dengannya.

pengalaman puasa bersama husband sangat seronok. namun begitu, di sini lah dhiya nak bagi tahu yang alam perkahwinan ni exposed everything.

husband dhiya,

  1. kuat merajuk, tp pada masa yang sama senang di pujuk.
  2. kuat tidur, and susah nak kejut.
  3. suka solat jemaah, tiap kali nak solat, dia akan tarik tangan dhiya ajak solat sama2.
  4. kuat makan, and kuat exercise gak..bab tu macam neutral je naik tak turun pon tak.
  5. sangat manja. lepas solat akan baring kat riba dhiya or vice versa.
  6. crazy anime. sikit2 download anime2 tu.. hurgh...
  7. tak suka potong rambut and cukur misai kalau tak kena paksa.
  8. sangat peyayang, penyabar and dll.

love you dhanish...


P/S : KORIE, love you!!!

berblog untuk hiburkan hati ^_^

01 June 2013

HOT TOPIC FOR THE GIRL....

Hye, ank dara seluruh Malaysia.. D curious la... Ape sebenarnya karakter yang you all semua cari pada seorang lelaki? Baru baru ni D ade mendengar pandangan dari seorang jejaka malaya mengenai pandangan dia mengenai masa depan. Topik ini dikhususkan lagi dengan bahagian perkahwinan dan pekerjaan.

Lelaki yang D boleh kenalkan sebagai One. One berpendapat kahwin muda bagus. "yes. Correct". Tapi yang potongnya, dia kata tak perlu kerja tetap. " oh, Noooo!". Dia kata dia mampu menyara anak dara orang tanpa memerlukan kerja tetap. "very big mistake". Agaknya pak mertua mana yang nk serahkan masa depan anak daranya kepada lelaki seperti ini?

Bagi D yang agak memilih, D tak harap dia sehensem yusuff, tetapi cukup dengan pengetahuan agamanya dan hormat orang tua. Yang paling penting bekerja tetap atau berpandangan jauh. Tidak meletakkan dirinya dalam zon selesa saja. Sentiasa berfikir untuk memajukan diri.

D, tak tahulah ada lagi ke yang buta kerana cinta ni? D tak lah memandang rendah
Kepada mana2 insan yang belum bernasib baik macam D dan pasangan, tetapi sekurang2nya berfikir untuk memajukan diri sudah cukup. Jangan fikir yang sesuatu yang kita kehendaki itu mudah didapati ye. Mesej utama D ialah sentiasa fikir kita boleh lakukan. Jangan terlalu selesa.


berblog untuk hiburkan hati ^_^

28 May 2013

Aku Benci Sahabat.......

Disini bukanlah D menyatakan yang D benci sahabat D. D masuk koir untuk 1 event kolej. D suggest lagu Kisah yang terindah oleh Harris Alif. Instead of D fikirkan lagu yang rare dan menarik, D juga pilih lirik yang penuh makna untuk para pengajar. Geram pulak D bila tinggalkan laptop kat umah. Lau tak dah lama D lancarkan misi kesedaran..

Dyorang pon setuju dengan lagu sahabat yang dinyanyikan oleh Najwa latif and the gang. 

Masalahnya bukan pada lagu, tapi pada kawan2 D yang x bagi kesempatan pon pada D untuk explain tentang lagu tu dyorang cakap lagu tu jiwang. Argh!!!!! Stress!!!!


berblog untuk hiburkan hati ^_^

22 May 2013

Rindu Anak Mak...

Iqbal, apa khabar? Tiba- tiba mak rindu kat Iqbal. Beberapa hari yang lepas, mak ada tanya pada ayah mak, Pak Daud. Iqbal ingat Pak Daud? Mak tanya dia Iqbal kat mana sekarang, Pak Daud kata, Iqbal kat seberang. Jauhnya.. Mak dah dapat jumpa Iqbal lagi. Last mak ingat setahun lepas agaknya. Masa tu Iqbal dengan ayah Iqbal, mak seronok tengok Iqbal gembira.

Mak cakap dengan Pak Daud nak ambil Iqbal dari ayah dan mama. Mak nak tolong jaga dan sekolah kan Iqbal. Sebab mak tau Iqbal anak yang cerdik dan baik. Mak sedih bila dapat tahu Iqbal tak sekolah. Sekarang umur Iqbal 6 tahun. Patut dah sekolah TaBiKa. Mak tahu ayah dan mama Iqbal tak mampu. Kalau mak dapat ambil Iqbal kat sana kan bagus. Mak nak Iqbal jadi orang yang berjaya.


berblog untuk hiburkan hati ^_^

31 March 2013

TAK KU SANGKA BEGINI RUPANYA

D xpernah update pasal klinikal area. So kali ni D nk try.

Hari ni D keje petang. Pagi td, Dr x buat round, so Dressing ditunda kepada shift petang. Bed penuh. Patient lak ramai gile, dari masuk kerja kul 2 sampai pkul 7 kami duduk langsung. Sekejap2 SN panggil, "adik2, Dx(dressing) katil ni katil tu katil belakang katil depan". Ok tu tanggungjawab kami, so kami buat. Tapi serius memang rasa cam nak tercabut kaki lari sana sini.

Handle pulak kes MRSA, memang kerja abiskn gown la kan... Tak sempat amik gambar tadi pakai safety attire.he5....

Anyway, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan SN dan PPP.


berblog untuk hiburkan hati ^_^

30 March 2013

Baru nak celik IT..

Ha5.. Gembiranya rasa hati. Hari ni D wat private lesson dgn kawan tentang penggunaan whatapp. Baru nk belajar guna telefon pintar. Keh:-D
      .jakun sikit harap maaf ye. Sekarang D boleh update blog d mana saja. Alhamdulillah . Kawan kita korie pn bakal menyusul tak lama lg. Korie tahniah yer. Pas ni tgh xley lps la.
Mla2 masa nak beli tu, teragak-agak jugak. Tapi nk ikut peredaran zaman kononnya, jadi culture shock la pulak. Nasib ada kawan sebagai penyelamat.


berblog untuk hiburkan hati ^_^

23 March 2013

Warkah buatmu Hawa.





Sang Hawa, saudaraku,

            Janganlah kau lemah dan layu pada pujuk rayu sang Pujangga. Kata-katanya manis  ibarat gula yang memudaratkan tubuhmu kemudian hari. Manisnya seketika cuma, tapi diabetis yang akan kau alami takkan pernah pulih. Itulah kesannya. Hawa, jagalah pandangan, dan batas pergaulanmu, janganlah kau serahkan segala kepada mereka, sentuhan mereka yang lembut pasti meninggalkan parut yang dalam dan takkan hilang dan menjadi keloid yang ketara padamu. Kehangatan sentuhannya seketika Cuma, kau akan menanggung rigor yang teruk kemudian hari.


Sang Hawa, sahabatku,

            Janganlah kau letakkan harapan yang tinggi kepada mereka. Biarlah Allah yang menentukan segalanya. Kau berdoalah yang terbaik untukmu. Harapan setinggi gunung seperti barah yang akan merebak di tubuhmu. Adakah barah itu akan hilang selamanya? Tidak! Redha sajalah dengan ketentuan takdir.


Sang Hawa, temanku,

            Adam yang terbaik untukmu adalah yang dihadiahkan oleh Allah untukmu. Nantikanlah dia dengan sabar dan tawaduk. Jagalah adab, dan perilakumu untuk mendapat Adam yang terbaik, seperti kau menjaga pemakanan seimbang untuk mendapat tubuh yang cergas. Janganlah kau putuskan doa dengan Yang Maha Esa.

Hawa,

            Jika kau dipisahkan dengan Adam yang kau kasih, lalu kau dipertemukan dengan Adam yang lain, istikharahlah yang terbaik. Jika yang terakhir adalah yang terbaik untukmu, sabarlah, Allah akan tunjukkan  hikmahnya mengapa kau tidak disatukan dengan Adam yang kau kasih. Kerna aku, D.A.N telah ditunjukkan jawapan yang aku nanti selama ini. Kenapa aku tidak disatukan dengannya aku telah ketemu jawapannya.Ya Allah terima kasih kerna beri yang terbaik untukku. Hawa, aku telah berjaya letakkan kepercayaanku sepenuhnya kepada ketentuan Allah. Kau pun haruslah begitu.. terimalah ketentuanNya dengan redha. Alhamdulillah Ya Rabbi..

                                                                                                                 Yang Ikhlas,
                                                                                                                   D.A.N

berblog untuk hiburkan hati ^_^

14 March 2013

Kasih Pada Pak Long

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


Hey dhiya, where have you been? He5.. bianne.. xde broadband macam ni lah jadi nye..
Hari ni dhiya nak cerita pasal seorang pesakit yang namanya dirahsiakan. Dhiya panggil dia pak long jer la. Detail bout him tak payah la dhiya cerita ye. Sewaktu waktu melawat pagi tadi, dhiya suapkan pak long bubur dengan ayam. Pak long xde gigi so take time gak lah dhiya nak racik2 kan ayam dia tu. Tengah2 suap  pak long, tiba2 pak long meraup mukanya.

Dhiya : kenapa Pak long?

p.long : ramai orang melawat. Pak long sedih ( dalam suara yang tersangkut2 dan sedih)

dhiya : kenapa pak long sedih?

p.long : tak de orang lawat pak long.

Dhiya : tak pe pak long, kat sini semua misi ade untuk pak long.

p.long : (hanya senyum dan mengelap mukanya)

dhiya terfikir seketika. Esok dhiya dah tak posting kat sini lagi. Siapa nak suap pak long? Harap2 ade PAP lain yang simpati kepada p.long dan tolong suapkan dia. Suapkan betul2 ye.. racik betul2 lauk untuk p.long. pak long tak de gigi..

semakin ramai pelawat yang lalu di hadapan pak long. Tapi tiada kelihatan bayang insan yang dinantikan. Di kejauhan terlihat pak long menangis. Dhiya sebak sangat tengok p.long. bila sn busy mesti tak sempat tgok pak long.

Petang tadi melawat pak long. Dari jauh Nampak pak long senyum…
Pak long, esok kami tak de kat sini. Siapa pon yang suap pak long, pak long kena makan banyak tau…

berblog untuk hiburkan hati ^_^

DIA FATIMAH AZ-ZAHRA




siape tu? dialah ahli keluarga aku yang sangat istimewa. kenapa istimewa? Seperti Entry aku yang dulu, dia adalah PAKAR EMOSI. Kau Ada?Aku Ada...he5... Biarpun dia tu nampak jer selebeh... Penyegan sikit(kata orang utara gitu..) tapi bab mangan yo nombor siji...JEMPOL gitu..sabar jer la...

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni hal pagi ni. pagi tadi liat sikit aku nak bangun nak hantar adik pergi sekolah dengan meredah kedinginan pagi yang tidak nampak lagi cerahnya..merangsangkan hidungku untuk bersin beribu kali dek resdung yang tak pernah menghilang...(ala-ala novelis tak?) tapi nak tak nak kena lah juga pergi.. hantar si fatin ngan adik syira dulu..yang si patin tu muka jemprot je..aku pun nengok nak naik angin..apa da pagi2 buat muka camtu, rezeki susah masuk tau... 2nd round hantar fatimah pulak.. ade koku kat sekolah..aku sampai jer rumah tengok muka timah terus tergelak..mane taknye... dia dengan tembun nye tu buat muka muncung dah macam bear dah...panjang umur aku tengok si Timah ni.. mane tak nye gelak aje..

            kalau tengok timaH MENYENGIH MEMANG MACAM MINTA PENYEPAK.. TAPI LAU TAK NAMPAK SENYUM MINTA PENYEPAK DIA TU, RASA RINDU PULAK.. HA...itulah sebenarnya tujuan Allah hadirkan Fatimah dalam keluarga kami... Dialah yang membuat kami senyum bila tengah stress.. Dia jugak yang buat kami marah time tengah dok happy.. Dialah pro and kontra dalam family aku.. Dia lah sebenarnya penyeri keluarga..cuma kena sabar dengan sikap lousy dia dan mendidik dia adalah dugaan bagi mak dan ayah dan kami sebagai kakaknya...

            aku pernah terlampau marah kat dia sampaii aku jirus air sejuk kat dia.. jahat kan? maafkan akak ye Timah.. akak rasa dah dekat sejuta kali akak cakap tapi akak tak tahu timah ingat ke tidak? Akak selalu pesan,

            " Kalau tak nak orang marah dan tengking2 timah, Timah kena dengar cakap dan jangan malas belajar. Timah tahu tak, akak sebenarnya dah penat nak marah timah. jangan sampai satu saat, tak de satu orang pon yang tegur timah nanti.. mungkin dah tiba saat tu nanti baru timah nak belajar...Bila? Saat Mak, Ayah ngan Akak dah tak de nanti? Sayang aAdik akak...Fatimah Az-Zahra...

berblog untuk hiburkan hati ^_^

JOM PERGI TEMUDUGA!

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


ha5...kelakar kan...apa yang kelakar sangat tu? dhiya balik kampung haritu, busy sikit uruskan borang permohonan perkahwinan tu.. pagi sebelum pergi pejabat kadi, macam2 kena buat pergi kedai lah hantar adik sekolah lah.. zaman nakal2 dulu asyik merempit bila dah berhijrah ni macam pelik je tengok orang bertudung labuh, berjubah bawak motor macam pelesit.. kata orang gitu...dhiya rasa macam tak boleh ubah dah tabiat bawak motor macam tu... so jangan gelak atau mengumpat pulak bila nampak dhiya macam tu yer...
           
          Alhamdulillah pagi ni selesai sudah seperkara iaitu temuduga perkahwinan... bila dia cakap nak pergi temuduga, kawan2 semua pelik.. temuduga apa lagi ni? temuduga kahwin la.. hai.. nak kahwin pun susah...tapi soalan tak susah la..jangan risau.. tanggung jawab isteri jer....

            Tengok jer muka penemuduga tu macam ada nur je kan...so senang sikit nak jawab soalan....ha5...dah selesai tinggal antar borang je tiga hb jun nanti...

berblog untuk hiburkan hati ^_^

18 January 2013

Percaya apa yang kita nak percaya, dan jangan percaya apa yang kita tak percaya.



Apasal panjang sangat tajuk entry kali ini? Actually, dari dulu sampai saat ni, dhiya tak boleh nak percaya wujudnya erti sahabat sejati. Sebab apa? Because I never have one. Mujur saja sebab belum pernah lagi ada orang tanya kat dhiya siapa kawan baik dhiya. Jangan marah dhiya sebab menyatakan apa yang dhiya percaya ok?

“Sahabat sejati takkan pernah berubah hati walau musim sering berganti”. Biasa dengar ayat ni? Bagi dhiya ye. Dhiya always dengar perkataan ni. Kat mane? Dalam filem Hoore! Hoore!. Coz dhiya tengok cerita tu beribu kali dah.

Dhiya tak salah kan sesiap sebab tidak memilih dhiya sebagai sahabat baik mereka. Dhiya pon mungkin rasa berat hati kalau di cop sebagai sahabat baik seseorang. Sebagai sahabat baik tiada istilah berkira, terasa hati, marah merajuk or whatever. Sahabat ni sama lah macam pasangan kita. Terima apa lebih dan kurangnya kita.

Terpaksa,dipaksa,memaksa. Sahabat pon tak de semua ni yang ada adalah nasihat,teguran.

Cemburu, iri hati, hasad dengki never ever do that! Iri hati dengan kelebihannya dengan niat kita pon nak jadi seperti itu tak ape. Tapi buang jauh2 PhD(perasaan hasad dengki) tu ye.

Sahabat sentiasa ada di saat kita memerlukan di masa kita tiada sesiap di sisi. Itulah sahabat. Tapi jangan la korang dok minta kawan tu sentiasa di sebelah sampai tak dan mandi, makan kawan tu. Hormatkan privasi diorang ye kawan.

Anda rasa anda dah jadi sahabat yang baik? Renung-renungkanlah……

berblog untuk hiburkan hati ^_^

11/1/13 Jumaat = 28 Safar 1434 Hijrah





Sekian lama tak mengonlinekan diri ini, dhiya rasa tak tenteram. Bukan tak cuba tapi nak  buat  macam mana ade je yang tak kena tiap kali dhiya nak online. Sakit hati kita. He5…(gedik je..)
Apa yang dhiya lakukan. Tak de entry baru ke? Actually I do have a lot of idea come up, but totally I forgot bout it coz I keep delayed to do it. Pemalas kan dhiya ni.. mungkin dhiya akan mengambil keputusan untuk bercuti daripada berblogging selama 6 bulan untuk menghadapi exam LJM and preparation of my wedding soon. (excited sungguh…).InsyaAllah kalau sempat, dhiya akan sediakan entry baru.. OMG.. pas ni tak aktif dah la dhiya… kenchana…. dhiya akan buat yang terbaik. coz happening la lepak depan lappy ni..nonsense!
p/s : habis burn lah idea2 yang aku dok pk selama ni. Statistic entry dari dhiya jatuh merundum… macam bursa saham lah pulak. Kui2…

berblog untuk hiburkan hati ^_^