25 November 2011

biasalah tu adat bertunang

kata hati dhiya : hari ni memang best..

hari ni dhiya g beli brg2 bersama my beloved fience..beli hadiah istimewa untuk akak dhiya...cincin silver lawa sgt ..harga pon lawa..xpe asal akak suka dhiya pon suka..erm..walau pon ade sikit salah faham dengan tunang dhiya, dhiya tetap berdoa kami takkan bertengkar lagi..
berblog untuk hiburkan hati ^_^

29 October 2011

real steel best!!

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

 real steel : lakonan hugh jackman, dakota goyo dan atom.
best giler. dhiya tengok citer ni sampai terikut-ikut gaya charlie kenton (hugh jackman) dengan max(dakota goyo) yang mengajar atom boxing dan menari. best giler. i like it. dhiya bagi 4.7/5.0. ok x?
berblog untuk hiburkan hati ^_^

26 October 2011

my video

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.



Sehari Suka Dan Duka Slideshow: Dhiya’s trip from Johor, Malaysia to 2 cities Kuala Lumpur and Kedah was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

berblog untuk hiburkan hati ^_^

nasi lemak 2.0

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

seyes li dhiya enjoy tengok citerni cuma the end dia tu tak berapa paham sangat anyway ok la..dhiya bagi 3.5/5.0 ok x?
berblog untuk hiburkan hati ^_^

edit

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


Create your own banner at mybannermaker.com!
berblog untuk hiburkan hati ^_^

facebook dan lappy ku

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

argh.....kenapa search engine dhiya baidu ape ntah dhiya pun tak tau...cina belake...camne nak baca...facebook lak x ley nak log in....stress...
berblog untuk hiburkan hati ^_^

unexpected day

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


hari ini aku dhiya kuar dengan buah hati dhiya. kitorang dah plan macam2 sebelum kuar. tapi tau tak? semua tak menjadi. dan agak sedih sikit lah sebab banyak terasa hati lah hari ini. bukan dhiya je tau yang terasa dengan dhanish tapi dhanish pun banyak terasa gak dengan dhiya.
first kitorang sampai2 je kat cp tu kitorang tak tau nak wat pe sebabawal lagi. pastu kitorang breakfirst kat mcD dulu.abis sepuloh git la. pastu kitorag gi main bowling. dhanish abis 12git.dhiya 10git bub kasut ngn 1round play. ha5 first time men bowling longkang je la jawab nye.ha5...masa2 nak main tu malu la gak asyik ke longkang je kan. pastu dhiya tengok ade budak macam sekolah rendah je tapi perh hebat gile men bowling. tapi dhiya rase dia wakil sekolahh sebab dhiya nampak 2 orang dewasa ajar dia pakai seragam yang sama. hebat3. dhiya pastu tengok ade je yang bola ke longkang so no hal la. dhiya campak je la bola tu sesuka hati dhiya macam tempat tu dhiya punya. ha5..pastu kitorang gi karoke. time nila segala cela berlaku. dhiya punya mulut ni tak dapat nak control. asyik mengomen je. dhanish ppun naik geram dia pun diam je. dhiya pun serba salah gak nak sambung nyanyi. pastu dhanish nyanyi lagu kuat2. dhiya malu tapi tahan je sebab tak nak wt dhanish marah lagi. tapi dhanish tu ahhh.. biarlah. dia yang bayar duet karok tu. end up kitorang main game. dhiya kuar 5git bayar token.. kat sini pun dhanish ade terasa dengan dhiya bub bila men game dhiya banyak tepis tangan dhanish. sorry sayang. dhiya syok sangat tapi memang salah dhiya gak. dhiya tak patut wat camtu. sebenarnya dhiya nak ajak dhanish men game yang tembak2 nak lawan dengan dhanish tapi dhanish asyik cakap ikut suka dhiya lah ikut suka dhiyalah. so dhiya men lah ape yang ade. ish...
pastu kitorang gi pusing2 cp dhiya cakap nak beli baju untuk dhanish tapi dhanish ingat dhiya nak belikan time tu gak. uhh... bila dhiya sedar yang dhanish nak sangat dhiya hadiahkan dia baju, dhiya pun keluarkan wet yang bersisa kat bsn. dhiya memang estimate gile bajet tapi unutk saiz dhanish tak de yang murah. end up ape yang kitorang plan langsung tak beli. banyak tarik muka je ari ni. emm.... tak tau lah kenapa. dhiya dan dhanish masing2 nak terasa.....sedih...dan happy today.
berblog untuk hiburkan hati ^_^

24 October 2011

akhir - akhir sem 3

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

hari ini dhiya eagerly nak bukak blog tapi dhiya tak tahu nak tulis ape. tak de sebarang peristiwa yang istimewa berlaku hari ini. hanya sama seperti hari2 yang lain. sarapan sama2 abang. no else.
berblog untuk hiburkan hati ^_^

03 August 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdullillah tahun ini berkesempatan lagi aku bertemu Ramadhan Al-Mubarak. Bertemunya meluluhkan semua kerinduan yang selama ini beraja di hati. semuga dengan kehaddirannya kita selalu membaiki dan menaik taraf iman di dada Insya Allah.
berblog untuk hiburkan hati ^_^

22 July 2011

INILAH KOLEJ KU
TAK LAMA JE LAGI BA-BYE LA...

DISEBABKAN AKU LAHIR BULAN 9.
 AKU POST BULAN 9 PUNYA

berblog untuk hiburkan hati ^_^

18 May 2011

sekolah rendah........

yeppi dah masuk sekolah rendah. nama sekolah rendah aku ni Sekolah Rendah Seri Yong Peng. sekolah ni kecik jer. tapi seronok belajar kat sini. sepanjang aku sekolah 6 tahun kat sini guru besar dah bertukar sebanyak 2 kali. aku ingat guru besar Samad je. yang agi sorang tu tak berapa nak ingat pulak. masa darjah 3 hingga 6 aku join kelab menari zapin. lau ada acara kat kampung,kitaorang pon take part. dah 3 kali kitorang gi bertanding peringkat daerah ke zon erk? tapi asyik dapat saguhati jer. tak puas hati betul. tapi nak tau tak? sampai sekarang aku masih meminati tarian zapin ni. minat giler!!!ada zapin fc x?nak join3..
berblog untuk hiburkan hati ^_^

28 April 2011

inilah hidup yang harus kita hadapi

sejak kecil really kecil(tabika) menyedihkan hidup aku. masa kat tabika kawan aku yang aku ingat balik sekolah sama2 alif. he5...pompuan? tak ingat. sebab aku ade pengalaman sedih masa tabika. kena cubit dengan anak cikgu. wooo sakit tu... menangislah ape lagi. tapi pengalaman best nye...anak cikgu tu kalah masa ujian ejaan. ada ke patut dia eja ikan dengan ejaan "E.K.A.N". ha5 aku tergelak la tengok dia eja macam tu. aku pun kata lah kat dia. "ey mina, eja ikan bukan macam tulah.. eja nya 'I.K.A.N' baru betul "...huish dia tak terima. korang tau dia cakap apee? dia cakap, "ape pulak?ko ni bodohla. eja ikan betul lah 'e.k.a.n'. cuba ko sebut depan tu kan eeeekan..dengar tak eeeeeeeeeeee tu.. jd start dengan huruf E lah bongok." korang ingat aku diam? tak de maknenya.aku DULU pandai taw mak aku cakaplah.mak kata aku suka dok kat mak masa mak masak dan belajar mengeja bersama beliau.so, pastu aku panggillah cikgu Lijah."Cikgu,cikgu..eja ikan saya ni betul ke salah?I.K.A.N?"cikgu lijah cakp,"ha,betullah tu. pandai pun" aku senyum lebar je time tu. dia pon padam ejaan dia and betulkan. pastu gedik2 menangis pulak. hahahaha....
berblog untuk hiburkan hati ^_^

07 January 2011

al-fatihah

gambar arwah dgn adik aku..
pada hari 4 hb jan 2011.jam 4 pg aq dapat mesej dri akak aku yg ada  kat kl,sepupu ku irdina aqilah binti zulkifli telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 3 pg.. aq betul2 dah x dapat tahn sedih time tu..aku menangis semahu2nya..jntung aq bgaikn luruh seluruhnya..aq rase dunia berputar laju time tu...aq cba tarik nafas dlm2 dn anggap semua tu mimpi aq cuba tiddur tapi aku tak dapat..aq menangis sedu2..tapi adakah tangisan tu dapat membangunkan orang dah tiada?akhirnya aku redha...redha ke?bila aq tgk blik gmbr2 arwah, aq mcm x percaya arwah dah x de..bkn x redha...tp...entahla..same2 la kita sedekahkan bacaan al-fatihah pada arwah irdina aqilah binti zulkifli

berblog untuk hiburkan hati ^_^