Dhiya tak tahu kenapa dhiya
lemah sangat. Tadi dhiya sangat gembira menantikan kehadiran sahabat2 dari KSKB
Sg Buluh datang ke kolej dhiya bersempena lawatan muhibah dan perasmian taman
teraputik Crystal Garden. Tapi segala kegembiraan dhiya lesap apabila salah
seorang sahabat dhiya bergelar kakak telah mengambil kamera milik dhiya tanpa
keizinan dhiya. Mulanya dhiya membiarkan saja. Mungkin dia mahu melaram sekejap
dengan kamera DSLR tu. Tapi sangkaan dhiya meleset. Hinggalah saat student dari
KSKB Sg Buluh melangkah kan kaki ke kolej, kamera itu masih di tangannya.
Dhiya tak berani ingin meminta
dari dia kerana dhiya lemah dengan permintaan dari orang yang lebih tua dari
dhiya. Tiba2 Korie datang dan membawa kamera milik kolej. Kerana kebodohan
dhiya, dia serahkan kamera tersebut kepada kakak tadi tanpa pengetahuan Korie
untuk ditukar dengan kamera dhiya. Semestinya Korie pun memarahi dhiya kerana
menyerahkan amanahnya kepada orang lain tanpa pengetahuannya. Korie meminta
semula kamera milik kolej tadi kepada kakak tadi.
Korie kan berani tak macam
dhiya so dia mendapat hak untuk memegang kamera berkenaan. So kakak tadi datang
seemula kepada dhiya dan kali ini dia meminta kamera dhiya pula. Dhiya melihat
orang2 disekeliling dhiya. Sudah pasti mereka menyuruh dhiya mempertahankan hak
dhiya tapi macam dhiya katakan tadi, dhiya lemah dengan permintaan dari orang
yang lebih tua dari dhiya. Dhiya nak sangat ambil gambar tapi, biarlah..itu lah
pemikiran dhiya masa tu.
Dhiya tak dapat lagi
membendung kesedihan lalu dhiya tidak turut serta dengan aktiviti menyambut
student KSKB Sg Buluh. Dhiya pengecutkan? Korie pula yang x bersalah, tapi
dhiya bertindak menjauhinya. Malu padanya mungkin. Malu kerana bertindak bodoh
sampai dimarahi olehnya. So sampai saat dhiya menulis entry ini, kamera itu
masih ditangan kakak tu.
p/s kepada kakak dhiya
(Hafizzatul Hanis) : Akak, aku minta maaf sebab memberi keizinan orang lain
menggunakan barang milik kau. Aku sendiri untuk mendapatkan kamera itu dari kau
bersusah payah. Anyway kalau jadi ape2 ti aku bertanggungjawab. Tq.
p/s kepada K O R I E : korie,
aku minta maaf sebab bagi kamera yang cik Khairi bagi pada kau tu kat kak Aini.
Masa tu aku piker nak selamatkan kamera akak aku je. Masa tu aku piker kau atau
dia yang amik sama jer kot sebab tu kamera kolej.
Beberapa minit sebelum dhiya
post entry ni, kamera dhiya telah dikembalikan tanpa cacat cela.
Masa dhiya tengah pening
memikirkan bagaimana ingin ambil semula kamera tu, sahabat2 lain cuba membantu
tapi dhiya menghalang. Yang perit tu, dah la hati tengah susah lagi kena marah
sebab ‘baik’ sangat. Ha5.. T_T
No comments:
Post a Comment