Hello… hye…. And what ever..
Hari ni dhiya nak bebel
sorang2..ha5..ade yang sanggup untuk terus membaca? Just kalau sanggup teruskan
roll your mouse down k?
Hari ni rumah atok dhiya ade
kenduri(rewang) sikit2 sebab ada bacaan yasin malam ti kat rumah atok. Bagi
family dhiya(adik beradik) makcik/pakcik yang paling kitorang nantikan tiap
kali sedare mare nak balik meti makcik kitorang yang namenya Kasni. Why? Haha5…
coz adelah.. bagi dhiya dan adik2 lain2 mak cik Kasni @ Wak Ani ni mempunyai
ranking tertinggi dalam hati kami.
Wak Ani adalah makcik terbaik ever
after. Tak taulah kenapa. Tapi apa yang dhiya pasti beliau banyak membantu
family dhiya. Sejak ayah dhiya kecik lagi dia dah sangat membantu. Dia seorang
yang baik hati dan suka bagi nasihat. Bukan sahaja pada anak2nya yang ada rupa
tu tapi juga pada anak2 buahnya seperti kami ni. Family beliau sangat disenangi
oleh family dhiya dan saudara mara yang lain.
Sifat Wak Ani yang Peramah dan
disenangi itu juga turun pada anak2nya yang lain. Terutama abang Hattadi. Abg
Hatta ni kalau bab nak bersyarah dah mengalahkan abah dia. Nampak matured
sangat. Wow! Terbaik! So dhiya sangat hormat pada family ini. Masa dhiya nak
daftar masuk KKAS dulu pon Wak Ani banyak tolong tak kira lah dari segi
kewangan atau pon sokongan emosi. Awal2 bulan dhiya kat sana dia sokmo call
tanya khabar. Dah macam mak dhiya pulak. Terharunya….
Dhiya sangat bangga sebab ada mak cik
dan pak cik seperti Wak Ani dan suaminya Wak Din(Zainuddin). Dan sepupu seperti
abang Hatta dan adik2 nya.
Pada dhiya, kita bersaudara saling
hormat menghormati seperti ahli keluarga sendiri. Tak perlulah nak tarik2
muka..erm..buang yang keruh amik yang jernih tau!
1 comment:
sedih la story psl ayah dia tu ;'(
aku tag ko dlm giveaway ni
http://pinkexia.blogspot.com/2012/12/huda-syafiqah-s-1st-giveaway.html
Post a Comment