best betul! x tipu punyer... |
Hati anak belasan tahun ini
hiba berbaur resah. Pandang kiri, pandang kanan, kawan-kaan sedang rancak
menyusun isi cerita karangan, ‘ Kasih Seorang Ayah’. Setengah jam masa sudah
berlalu, kertas ujian bulanan itu tetap kosong. Dia cuba memerah otak untuk
mencatat sesuatu tapi tak berhasil. Puas dicuba tapi tak berjaya. “Apa
pandangan yang harus ku tulis?” getus hatinya. Sudahnya kertas yang dikutip
dari belakang ke depan di sisp cepat2 kertas kosong yang Cuma bercatat namanya sahaja.
Beberapa minggu kemudian, buku rekod ujian bulanan di
bawa pulang. Sambil mengayuh basikal, air matanya tertumpah jua. Petang itu dia
menanti ibunya pulang dari bekerja di kilang elektronik. Setelah ibu melepaskan
lelah dan solat Maghrib, di hulurkan buku rekod itu. Alangkah terkejutnya si
ibu melihat markah 0, bertanda dakwat merah pada mata pelajaran karangan BM.
Si ibu bertanya, lalu dalam nada sebak si anak menjawab,
“Adik tak tahu nak buat karangan ‘Kasih Seorang Ayah’. Adik tak ada abah, abah
ceraikan mama, abah tingalkan kita masa adik kecik. Abah tak pernah jenguk kita
sampai sekarang. Adik tak pernah tahu macam mana abah belai adik, adik tak
pernah rasa, mama. Maafkan adik mama,”
Anak belasan tahun itu, memeluk erat ibunya dalam esakan
yang cukup sayu. Lemas dan resah yang membuak sejak beberapa minggu yang lalu
di lepaskan di ribaan ibunya dengan hati yang sedikit lega.
m/s 42-43, Alahai Pengantin Baru…, Datin Seri
Latipah Abdullah, Dr. Amida Abdulhamid, Jalilah Abdullah.
Cerita di atas sungguh menyayat hati dhiya. Dhiiya beli
buku ni untuk dijadikan hantaran semasa nikah nanti. Tapi mak dhiya pesan
sebelum awak nak bagi orang lan baca, awak bacalah dulu dan fahami isi2 yang
ada dalam buku ni.
Cerita di atas antara cerita yang sokmo2 dhiya baca. Tapi
setiap kali dhiya baca tetap rasa sebak yang sesebaknya.. bukan untuk bakal
pengantin atau pengantin baru sahaja, buku ini sesuai di baca untuk semua.
Banyak cerita2 dan pengalaman2 yang sangat menyentuh jiwa.
Beli jangan tak beli. Sekarang
tengah promosi kat Popular. RM29.90 jer…
p/s : Popular tak bayar upah
pon taw dhiya promote ni ikhlas…e eh
ikhlas mana boleh bagi tau…ha5..
No comments:
Post a Comment