Kalau diikutkan hati, malas
sebenarnya nak taip entry baru tapi nak buat macam mane, idea come out time tgh
sakit2 macam ni lah.
“Eh, sakit ape pulak minah ni?
Time dak2 KSKB datang elok jer?”
Ha5.. sebenarnya dhiya diserang
sudden asthma attack time tengah kerja shif petang tadi. So, dhiya minta kebenaran dari sister
ward untuk pergi casualty. Dada tiba2 rasa ketat dan tak selesa. Nafas pon
tercungap2 agak susah jugak bagi dhiya nak berjalan tadi. Ketap bibir je tahan
sakit kat dada.
Dhiya pergi ke casualty dan
terus masuk ke bilik asthma dan menerima nebulizer. Tapi ade something yang
dhiya tertanya2..sebab yang check dhiya tu MA(medical assistant) india.. doctor
pon india gak.. so after dia check lung dhiya, dia cakap la tamil ngan doctor
tu. Dhiya geram sebab x tau menda ape yang dia cakap. So lupakan pasal tu. Pas
dah amek neb, dhiya dapat mc dan balik asrama, rehat..
Sebelum masuk bilik, dhiya
kena pergi jumpa pengajar dulu tunjuk surat cuti tu.
As usually, kena lah jumpa
cik khairi dulu sebelum dapat berjumpa dengan pengajar. Diakan ‘pegawai
pengantaraan’. Sementara menunggu pengajar datang, dhiya pon duduk di ruang
menunggu dan tiba2 cik khairi pun tanya, “Awat cek? Muka Nampak penat sangat
tu. Pasai pa?” he5 guna loghat kedah sikit. Dhiya pun jawab lah, “semputlah cik
khairi”
“macam mana penari ayam didik
boleh semput lak ni? Sebelum ni elok je?”
“semalam demam tu yang semput
datang ni”
“tulah dok berjaga malam lagi
tengok semput mai dah”
“eh, mana ada cik khairi! Saya
tido pukul 10 taw”
“eleh hari tu kul 12 baru
masuk asrama.”
“alah tu kan ada tetamu, kena
layan sikit”
Pastu dhiya terbatuk2 sebab
penat bercakap.
Ok2. Dah penat dah tu
bercakap. Memang ada semput lah sebelum ni?”
“aah. Dari kecik lagi”
Batuk lagi
“astaghfirrullahhal’azim.
Ok2..diam2 ti batuk jangkit pulak kat cik khairi ti”
Lebih kurang macam tulah
dialog kami. Pas cik khairi mengucap je aku tergelak. Sebenarnya perbualan kami
ni lebih kepada bergurau dan berloyar buruk tapi dhiya tak pandai interprate
jadi tulisan.
Petang tu dhiya masih lagi
penat walaupun dah CRIB (complete rest in bed) lebih kurang 2 jam lebih.. Tapi dhiya gagah diri juga pi
beli makan. Sat lagi berlapar perut pulak yang sakit.
Masa otw balik dari beli
makan, Dhiya terserempak dengan 2 orang budak lelaki yang lebih kurang 3-4
tahun macam tulah. Diorang tengah PU(pass urine/kencing) kat dinding di luar
casualty. Masa dhiya menghampiri ke arah mereka, si abang pon cepat2
menghentikan adiknya daripada PU di situ, dia cakap “ada orang, ada orang,”
tapi si adik terus bukak zip seluar. Akibat geram si abang pon jerit, “Hoi! Ada
orang mai la!”. Dhiya tergelak jer tengok budak kecik tu.
Selepas terserempak dengan
adik 2 orang tadi, dhiya singgah di kedai abang cendol. Ingat nak beli betik
sebab mak kata betik boleh turunkan panas badan. Sampai jer di kedai tu, betik
dah abis. Sebab kesian abang t upon keluarkan betik yang dia simpan dan bagi
pada dhiya. Masa dhiya nak bayar dia
kata “it’s ok. Special gift untuk adik”. Ha5..seronok2..thank you banyak la
abang cendol. Terbaik!!!
No comments:
Post a Comment