04 December 2012

Isteri Perlu Pandai Memasak

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


Memang perlu. Mak Dhiya sendiri bila Dhiya balik rumah je itulah ayat yang dikeluarkan memandangkan tarikh pernikahan kami yang semakin hampir. So everday dia suh Dhiya masak, masak, masak and masak sampailah dia puas hati. Tapi pada Dhiya sendiri memang perlu untuk seorang isteri pandai memasak kerana lelaki kita boleh ikat dengan perutnya. Dhiya takut gak sebabDhiya x pandai masak sesedap ni. Cukup rasa tu boleh lah.. So Dhiya dapatkan beberapa info rumah tangga dari majalah Pengantin Edisi 137 (November 2012).
Antaranya :
1.  Belajar daripada ibu.
       Betullah jugak tu. Mak Dhiya masak memang sedap. Tapi berjayakah Dhiya untuk memasak seperti beliau. Kerana, dari perbualan ayah dan mak Dhiya beberapa bulan yang lalu, mak Dhiya cuba masak sambal yang sama rasa, warna dan rupa macam nenek Dhiya masak. Setelah mengikut step2 yang ditelitinya, masih x mencapai persamaan yang diingini. Mungkin tangan nenek Dhiya sendiri mempunyai aura kesedapan yang tersendiri kot. Biasalah tangan orang lama kan. Memang tiada tandingan. Marvelous!

2. Belajar daripada ibu mertua.
       Yang ni yang sedap nak dicerita ni. Tahu tak? Bakal mak mertua Dhiya adalah paling superb dalam bab masak memasak ni. Menurut bakal suami Dhiya, hobi mak dia adalah memasak. Wow! How come memasak boleh menjadi 1 hobi? Patutlah anak2 dan suaminya sendiri ‘bersaiz’. He5. Tapi cara Mak Mim(bakal mak mertua) ni masak memang unik. Nak tahu kenapa Dhiya cakap unik? Kalau korang tak nak tahu pun Dhiya nak bagi tahu jugak. Keunikan dalam masakan beliau adalah seperti contoh berikut :-
*  Sayur dan protein digabung dalam 1 masakan seperti ayam kurma + kobis yang besar bapak nye. Macam x potong pon ade. He5. Daebak! Tomato di belah 2 sahaja! Tapi tak dapat dinafikan ape pon di campak dalam masakan dia, rasanya memang SANGAT SEDAAAP!!! Patutlah badan tunang Dhiya tu XXL.
*  1 lagi untuk bagi anak2nya tak memilih makan, dia akan masukkan sayur2 yang bersaiz besar dan pinggan mesti licin selain tulang2 ikan dan ayam.
3. Buku resepi
       Buku resepi tu belum beli lagilah tapi buat masa sekarang ni Dhiya suka tengok rancangan masakan di telivisyen dan copy resepi2nya. Terutamanya rancangan Chef Sher. Sebab apa yang dia masak sangat simple dan bahan2nya mudah didapati. Kelemahan terbesar Dhiya dalam memasak ni adalah kuih muih dan kek. Bab tu memang fail bagilah buku resepi bertimbun sekali pun Dhiya x dapat nak buat benda2 ni. Tak tahu kenapa. Patutlah mak Dhiya suh kakak Dhiya jer buat kuih raya. Dhiya jadi tukang rasa jer lah. Tapikan sebenarnya bab kuih2 raya ni Dhiya dah pikir dah. (beli jer)..he5..jangan bagi tau orang tau….
4. Jadikan aktiviti bersama
       Menurut majalah pengantin tu. Kita boleh ajak/pelawa suami kita untuk turut turun padang untuk melakukan aktiviti memasak. Lagipun lelaki masak lagi sedap. Tunang Dhiya sendiri x di nafikan sangat pandai memasak. Boleh jugak lah ditelan dan dihadamkan.. Pattern dia masak memang sebijik macam mak dia. He5…

berblog untuk hiburkan hati ^_^

No comments: