Ha5.. Gembiranya rasa hati. Hari ni D wat private lesson dgn kawan tentang penggunaan whatapp. Baru nk belajar guna telefon pintar. Keh:-D
.jakun sikit harap maaf ye. Sekarang D boleh update blog d mana saja. Alhamdulillah . Kawan kita korie pn bakal menyusul tak lama lg. Korie tahniah yer. Pas ni tgh xley lps la.
Mla2 masa nak beli tu, teragak-agak jugak. Tapi nk ikut peredaran zaman kononnya, jadi culture shock la pulak. Nasib ada kawan sebagai penyelamat.
30 March 2013
Baru nak celik IT..
23 March 2013
Warkah buatmu Hawa.
Sang Hawa, saudaraku,
Janganlah kau lemah dan layu pada pujuk rayu sang
Pujangga. Kata-katanya manis ibarat gula
yang memudaratkan tubuhmu kemudian hari. Manisnya seketika cuma, tapi diabetis
yang akan kau alami takkan pernah pulih. Itulah kesannya. Hawa, jagalah
pandangan, dan batas pergaulanmu, janganlah kau serahkan segala kepada mereka,
sentuhan mereka yang lembut pasti meninggalkan parut yang dalam dan takkan
hilang dan menjadi keloid yang ketara padamu. Kehangatan sentuhannya seketika Cuma,
kau akan menanggung rigor yang teruk kemudian hari.
Sang Hawa, sahabatku,
Janganlah kau letakkan harapan yang tinggi kepada mereka.
Biarlah Allah yang menentukan segalanya. Kau berdoalah yang terbaik untukmu. Harapan
setinggi gunung seperti barah yang akan merebak di tubuhmu. Adakah barah itu
akan hilang selamanya? Tidak! Redha sajalah dengan ketentuan takdir.
Sang Hawa, temanku,
Adam yang terbaik untukmu adalah yang dihadiahkan oleh
Allah untukmu. Nantikanlah dia dengan sabar dan tawaduk. Jagalah adab, dan
perilakumu untuk mendapat Adam yang terbaik, seperti kau menjaga pemakanan
seimbang untuk mendapat tubuh yang cergas. Janganlah kau putuskan doa dengan
Yang Maha Esa.
Hawa,
Jika kau dipisahkan dengan Adam yang kau kasih, lalu kau
dipertemukan dengan Adam yang lain, istikharahlah yang terbaik. Jika yang
terakhir adalah yang terbaik untukmu, sabarlah, Allah akan tunjukkan hikmahnya mengapa kau tidak disatukan dengan
Adam yang kau kasih. Kerna aku, D.A.N telah ditunjukkan jawapan yang aku nanti
selama ini. Kenapa aku tidak disatukan dengannya aku telah ketemu jawapannya.Ya
Allah terima kasih kerna beri yang terbaik untukku. Hawa, aku telah berjaya
letakkan kepercayaanku sepenuhnya kepada ketentuan Allah. Kau pun haruslah
begitu.. terimalah ketentuanNya dengan redha. Alhamdulillah Ya Rabbi..
Yang Ikhlas,
D.A.N
14 March 2013
Kasih Pada Pak Long
kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.
berblog untuk hiburkan hati ^_^
Hey dhiya, where have you
been? He5.. bianne.. xde broadband macam ni lah jadi nye..
Hari ni dhiya nak cerita pasal
seorang pesakit yang namanya dirahsiakan. Dhiya panggil dia pak long jer la.
Detail bout him tak payah la dhiya cerita ye. Sewaktu waktu melawat pagi tadi,
dhiya suapkan pak long bubur dengan ayam. Pak long xde gigi so take time gak
lah dhiya nak racik2 kan ayam dia tu. Tengah2 suap pak long, tiba2 pak long meraup mukanya.
Dhiya : kenapa Pak long?
p.long : ramai orang melawat.
Pak long sedih ( dalam suara yang tersangkut2 dan sedih)
dhiya : kenapa pak long sedih?
p.long : tak de orang lawat
pak long.
Dhiya : tak pe pak long, kat
sini semua misi ade untuk pak long.
p.long : (hanya senyum dan
mengelap mukanya)
dhiya terfikir seketika. Esok
dhiya dah tak posting kat sini lagi. Siapa nak suap pak long? Harap2 ade PAP
lain yang simpati kepada p.long dan tolong suapkan dia. Suapkan betul2 ye..
racik betul2 lauk untuk p.long. pak long tak de gigi..
semakin ramai pelawat yang
lalu di hadapan pak long. Tapi tiada kelihatan bayang insan yang dinantikan. Di
kejauhan terlihat pak long menangis. Dhiya sebak sangat tengok p.long. bila sn
busy mesti tak sempat tgok pak long.
Petang tadi melawat pak long.
Dari jauh Nampak pak long senyum…
Pak long, esok kami tak de kat sini. Siapa pon yang suap
pak long, pak long kena makan banyak tau…
DIA FATIMAH AZ-ZAHRA
siape tu? dialah ahli keluarga
aku yang sangat istimewa. kenapa istimewa? Seperti Entry aku yang dulu, dia
adalah PAKAR EMOSI. Kau Ada?Aku Ada...he5... Biarpun dia tu nampak jer
selebeh... Penyegan sikit(kata orang utara gitu..) tapi bab mangan yo nombor
siji...JEMPOL gitu..sabar jer la...
Sebenarnya apa yang aku nak
cerita ni hal pagi ni. pagi tadi liat sikit aku nak bangun nak hantar adik
pergi sekolah dengan meredah kedinginan pagi yang tidak nampak lagi
cerahnya..merangsangkan hidungku untuk bersin beribu kali dek resdung yang tak
pernah menghilang...(ala-ala novelis tak?) tapi nak tak nak kena lah juga
pergi.. hantar si fatin ngan adik syira dulu..yang si patin tu muka jemprot
je..aku pun nengok nak naik angin..apa da pagi2 buat muka camtu, rezeki susah
masuk tau... 2nd round hantar fatimah pulak.. ade koku kat sekolah..aku sampai
jer rumah tengok muka timah terus tergelak..mane taknye... dia dengan tembun
nye tu buat muka muncung dah macam bear dah...panjang umur aku tengok si Timah
ni.. mane tak nye gelak aje..
kalau tengok timaH MENYENGIH MEMANG MACAM MINTA PENYEPAK..
TAPI LAU TAK NAMPAK SENYUM MINTA PENYEPAK DIA TU, RASA RINDU PULAK..
HA...itulah sebenarnya tujuan Allah hadirkan Fatimah dalam keluarga kami...
Dialah yang membuat kami senyum bila tengah stress.. Dia jugak yang buat kami
marah time tengah dok happy.. Dialah pro and kontra dalam family aku.. Dia lah
sebenarnya penyeri keluarga..cuma kena sabar dengan sikap lousy dia dan
mendidik dia adalah dugaan bagi mak dan ayah dan kami sebagai kakaknya...
aku pernah terlampau marah kat dia sampaii aku jirus air
sejuk kat dia.. jahat kan? maafkan akak ye Timah.. akak rasa dah dekat sejuta
kali akak cakap tapi akak tak tahu timah ingat ke tidak? Akak selalu pesan,
" Kalau tak nak orang marah dan tengking2 timah,
Timah kena dengar cakap dan jangan malas belajar. Timah tahu tak, akak
sebenarnya dah penat nak marah timah. jangan sampai satu saat, tak de satu
orang pon yang tegur timah nanti.. mungkin dah tiba saat tu nanti baru timah
nak belajar...Bila? Saat Mak, Ayah ngan Akak dah tak de nanti? Sayang aAdik akak...Fatimah
Az-Zahra...
JOM PERGI TEMUDUGA!
kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.
berblog untuk hiburkan hati ^_^
ha5...kelakar kan...apa yang kelakar sangat tu? dhiya balik
kampung haritu, busy sikit uruskan borang permohonan perkahwinan tu.. pagi
sebelum pergi pejabat kadi, macam2 kena buat pergi kedai lah hantar adik
sekolah lah.. zaman nakal2 dulu asyik merempit bila dah berhijrah ni macam
pelik je tengok orang bertudung labuh, berjubah bawak motor macam pelesit..
kata orang gitu...dhiya rasa macam tak boleh ubah dah tabiat bawak motor macam
tu... so jangan gelak atau mengumpat pulak bila nampak dhiya macam tu yer...
Alhamdulillah
pagi ni selesai sudah seperkara iaitu temuduga perkahwinan... bila dia cakap
nak pergi temuduga, kawan2 semua pelik.. temuduga apa lagi ni? temuduga kahwin
la.. hai.. nak kahwin pun susah...tapi soalan tak susah la..jangan risau..
tanggung jawab isteri jer....
Tengok jer
muka penemuduga tu macam ada nur je kan...so senang sikit nak jawab
soalan....ha5...dah selesai tinggal antar borang je tiga hb jun nanti...
Subscribe to:
Posts (Atom)