Showing posts with label hijrahku..... Show all posts
Showing posts with label hijrahku..... Show all posts

14 March 2013

Kasih Pada Pak Long

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


Hey dhiya, where have you been? He5.. bianne.. xde broadband macam ni lah jadi nye..
Hari ni dhiya nak cerita pasal seorang pesakit yang namanya dirahsiakan. Dhiya panggil dia pak long jer la. Detail bout him tak payah la dhiya cerita ye. Sewaktu waktu melawat pagi tadi, dhiya suapkan pak long bubur dengan ayam. Pak long xde gigi so take time gak lah dhiya nak racik2 kan ayam dia tu. Tengah2 suap  pak long, tiba2 pak long meraup mukanya.

Dhiya : kenapa Pak long?

p.long : ramai orang melawat. Pak long sedih ( dalam suara yang tersangkut2 dan sedih)

dhiya : kenapa pak long sedih?

p.long : tak de orang lawat pak long.

Dhiya : tak pe pak long, kat sini semua misi ade untuk pak long.

p.long : (hanya senyum dan mengelap mukanya)

dhiya terfikir seketika. Esok dhiya dah tak posting kat sini lagi. Siapa nak suap pak long? Harap2 ade PAP lain yang simpati kepada p.long dan tolong suapkan dia. Suapkan betul2 ye.. racik betul2 lauk untuk p.long. pak long tak de gigi..

semakin ramai pelawat yang lalu di hadapan pak long. Tapi tiada kelihatan bayang insan yang dinantikan. Di kejauhan terlihat pak long menangis. Dhiya sebak sangat tengok p.long. bila sn busy mesti tak sempat tgok pak long.

Petang tadi melawat pak long. Dari jauh Nampak pak long senyum…
Pak long, esok kami tak de kat sini. Siapa pon yang suap pak long, pak long kena makan banyak tau…

berblog untuk hiburkan hati ^_^

DIA FATIMAH AZ-ZAHRA




siape tu? dialah ahli keluarga aku yang sangat istimewa. kenapa istimewa? Seperti Entry aku yang dulu, dia adalah PAKAR EMOSI. Kau Ada?Aku Ada...he5... Biarpun dia tu nampak jer selebeh... Penyegan sikit(kata orang utara gitu..) tapi bab mangan yo nombor siji...JEMPOL gitu..sabar jer la...

Sebenarnya apa yang aku nak cerita ni hal pagi ni. pagi tadi liat sikit aku nak bangun nak hantar adik pergi sekolah dengan meredah kedinginan pagi yang tidak nampak lagi cerahnya..merangsangkan hidungku untuk bersin beribu kali dek resdung yang tak pernah menghilang...(ala-ala novelis tak?) tapi nak tak nak kena lah juga pergi.. hantar si fatin ngan adik syira dulu..yang si patin tu muka jemprot je..aku pun nengok nak naik angin..apa da pagi2 buat muka camtu, rezeki susah masuk tau... 2nd round hantar fatimah pulak.. ade koku kat sekolah..aku sampai jer rumah tengok muka timah terus tergelak..mane taknye... dia dengan tembun nye tu buat muka muncung dah macam bear dah...panjang umur aku tengok si Timah ni.. mane tak nye gelak aje..

            kalau tengok timaH MENYENGIH MEMANG MACAM MINTA PENYEPAK.. TAPI LAU TAK NAMPAK SENYUM MINTA PENYEPAK DIA TU, RASA RINDU PULAK.. HA...itulah sebenarnya tujuan Allah hadirkan Fatimah dalam keluarga kami... Dialah yang membuat kami senyum bila tengah stress.. Dia jugak yang buat kami marah time tengah dok happy.. Dialah pro and kontra dalam family aku.. Dia lah sebenarnya penyeri keluarga..cuma kena sabar dengan sikap lousy dia dan mendidik dia adalah dugaan bagi mak dan ayah dan kami sebagai kakaknya...

            aku pernah terlampau marah kat dia sampaii aku jirus air sejuk kat dia.. jahat kan? maafkan akak ye Timah.. akak rasa dah dekat sejuta kali akak cakap tapi akak tak tahu timah ingat ke tidak? Akak selalu pesan,

            " Kalau tak nak orang marah dan tengking2 timah, Timah kena dengar cakap dan jangan malas belajar. Timah tahu tak, akak sebenarnya dah penat nak marah timah. jangan sampai satu saat, tak de satu orang pon yang tegur timah nanti.. mungkin dah tiba saat tu nanti baru timah nak belajar...Bila? Saat Mak, Ayah ngan Akak dah tak de nanti? Sayang aAdik akak...Fatimah Az-Zahra...

berblog untuk hiburkan hati ^_^

JOM PERGI TEMUDUGA!

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.


ha5...kelakar kan...apa yang kelakar sangat tu? dhiya balik kampung haritu, busy sikit uruskan borang permohonan perkahwinan tu.. pagi sebelum pergi pejabat kadi, macam2 kena buat pergi kedai lah hantar adik sekolah lah.. zaman nakal2 dulu asyik merempit bila dah berhijrah ni macam pelik je tengok orang bertudung labuh, berjubah bawak motor macam pelesit.. kata orang gitu...dhiya rasa macam tak boleh ubah dah tabiat bawak motor macam tu... so jangan gelak atau mengumpat pulak bila nampak dhiya macam tu yer...
           
          Alhamdulillah pagi ni selesai sudah seperkara iaitu temuduga perkahwinan... bila dia cakap nak pergi temuduga, kawan2 semua pelik.. temuduga apa lagi ni? temuduga kahwin la.. hai.. nak kahwin pun susah...tapi soalan tak susah la..jangan risau.. tanggung jawab isteri jer....

            Tengok jer muka penemuduga tu macam ada nur je kan...so senang sikit nak jawab soalan....ha5...dah selesai tinggal antar borang je tiga hb jun nanti...

berblog untuk hiburkan hati ^_^