06 August 2013

Bout my Marriage



read more at here bout my marriage.

setelah lebih sebulan berumah tangga baru hari ini tergerak nak menaip sesuatu di sini.

thank a lot to my beloved friend as your beautiful post KORIE.

Alhamdulillah, akan datang 11.8 resepsi di rumah pihak lelaki pula.. kali ni, Dhiya akan cuba post cepat2..

Dhiya harap sangat di kurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ni.. ye la, orang kata anak tu anugerah..

After married ni, Dhiya belajar banyak sangat tentang alam rumah tangga. yang paling common sekali adalah ayat dari mak mertua Dhiya iaitu, " tak pandai masak tak pe, asalkan rajin ke dapur. nanti lama2 pandailah masak tu.."

Dhiya bersyukur sebab dapat keluarga mertua yang sangat sangat peramah. Although husband Dhiya tu pendiam sikit orangnya, tapi bila dengan family mulut dia sangat nakal. asyik kenakan dhiya je. padan muka hari2 makan 'ketam' dhiya.

Disebabkan dhiya belum lagi dapat mana2 posting, dhiya dan husband decide untuk tidak beli rumah dulu, so, now dhiya stay at my mom's and in law's house. lau husband balik dari Segamat dapatlah bersua muka dengannya.

pengalaman puasa bersama husband sangat seronok. namun begitu, di sini lah dhiya nak bagi tahu yang alam perkahwinan ni exposed everything.

husband dhiya,

  1. kuat merajuk, tp pada masa yang sama senang di pujuk.
  2. kuat tidur, and susah nak kejut.
  3. suka solat jemaah, tiap kali nak solat, dia akan tarik tangan dhiya ajak solat sama2.
  4. kuat makan, and kuat exercise gak..bab tu macam neutral je naik tak turun pon tak.
  5. sangat manja. lepas solat akan baring kat riba dhiya or vice versa.
  6. crazy anime. sikit2 download anime2 tu.. hurgh...
  7. tak suka potong rambut and cukur misai kalau tak kena paksa.
  8. sangat peyayang, penyabar and dll.

love you dhanish...


P/S : KORIE, love you!!!

berblog untuk hiburkan hati ^_^

01 June 2013

HOT TOPIC FOR THE GIRL....

Hye, ank dara seluruh Malaysia.. D curious la... Ape sebenarnya karakter yang you all semua cari pada seorang lelaki? Baru baru ni D ade mendengar pandangan dari seorang jejaka malaya mengenai pandangan dia mengenai masa depan. Topik ini dikhususkan lagi dengan bahagian perkahwinan dan pekerjaan.

Lelaki yang D boleh kenalkan sebagai One. One berpendapat kahwin muda bagus. "yes. Correct". Tapi yang potongnya, dia kata tak perlu kerja tetap. " oh, Noooo!". Dia kata dia mampu menyara anak dara orang tanpa memerlukan kerja tetap. "very big mistake". Agaknya pak mertua mana yang nk serahkan masa depan anak daranya kepada lelaki seperti ini?

Bagi D yang agak memilih, D tak harap dia sehensem yusuff, tetapi cukup dengan pengetahuan agamanya dan hormat orang tua. Yang paling penting bekerja tetap atau berpandangan jauh. Tidak meletakkan dirinya dalam zon selesa saja. Sentiasa berfikir untuk memajukan diri.

D, tak tahulah ada lagi ke yang buta kerana cinta ni? D tak lah memandang rendah
Kepada mana2 insan yang belum bernasib baik macam D dan pasangan, tetapi sekurang2nya berfikir untuk memajukan diri sudah cukup. Jangan fikir yang sesuatu yang kita kehendaki itu mudah didapati ye. Mesej utama D ialah sentiasa fikir kita boleh lakukan. Jangan terlalu selesa.


berblog untuk hiburkan hati ^_^

28 May 2013

Aku Benci Sahabat.......

Disini bukanlah D menyatakan yang D benci sahabat D. D masuk koir untuk 1 event kolej. D suggest lagu Kisah yang terindah oleh Harris Alif. Instead of D fikirkan lagu yang rare dan menarik, D juga pilih lirik yang penuh makna untuk para pengajar. Geram pulak D bila tinggalkan laptop kat umah. Lau tak dah lama D lancarkan misi kesedaran..

Dyorang pon setuju dengan lagu sahabat yang dinyanyikan oleh Najwa latif and the gang. 

Masalahnya bukan pada lagu, tapi pada kawan2 D yang x bagi kesempatan pon pada D untuk explain tentang lagu tu dyorang cakap lagu tu jiwang. Argh!!!!! Stress!!!!


berblog untuk hiburkan hati ^_^

22 May 2013

Rindu Anak Mak...

Iqbal, apa khabar? Tiba- tiba mak rindu kat Iqbal. Beberapa hari yang lepas, mak ada tanya pada ayah mak, Pak Daud. Iqbal ingat Pak Daud? Mak tanya dia Iqbal kat mana sekarang, Pak Daud kata, Iqbal kat seberang. Jauhnya.. Mak dah dapat jumpa Iqbal lagi. Last mak ingat setahun lepas agaknya. Masa tu Iqbal dengan ayah Iqbal, mak seronok tengok Iqbal gembira.

Mak cakap dengan Pak Daud nak ambil Iqbal dari ayah dan mama. Mak nak tolong jaga dan sekolah kan Iqbal. Sebab mak tau Iqbal anak yang cerdik dan baik. Mak sedih bila dapat tahu Iqbal tak sekolah. Sekarang umur Iqbal 6 tahun. Patut dah sekolah TaBiKa. Mak tahu ayah dan mama Iqbal tak mampu. Kalau mak dapat ambil Iqbal kat sana kan bagus. Mak nak Iqbal jadi orang yang berjaya.


berblog untuk hiburkan hati ^_^

31 March 2013

TAK KU SANGKA BEGINI RUPANYA

D xpernah update pasal klinikal area. So kali ni D nk try.

Hari ni D keje petang. Pagi td, Dr x buat round, so Dressing ditunda kepada shift petang. Bed penuh. Patient lak ramai gile, dari masuk kerja kul 2 sampai pkul 7 kami duduk langsung. Sekejap2 SN panggil, "adik2, Dx(dressing) katil ni katil tu katil belakang katil depan". Ok tu tanggungjawab kami, so kami buat. Tapi serius memang rasa cam nak tercabut kaki lari sana sini.

Handle pulak kes MRSA, memang kerja abiskn gown la kan... Tak sempat amik gambar tadi pakai safety attire.he5....

Anyway, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan SN dan PPP.


berblog untuk hiburkan hati ^_^