28 December 2012

Bila Samseng Melaungkan Azan.....

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.



                     Mendengar azan yang di kumandangkan oleh Mawi di Astro Oasis masa dok kat kampong hari tu, wat dhiya teringat something pasal azan ni. Masa dhiya sekolah dulu,dhiya ada member yang agak nakal lah jugak . xmaulah panggil gangster ataupon samseng sebab dia bukan jahat pon. Kami involve dalam satu kem yang suprisekan kami dia nak join kem tu. Masa malam di kem, pelajar lelaki dikehendaki melaungkan azan. So si mamat ni terpilih untuk melaungkan azan.

               Biasanya budak2 macam dia Nampak je berani tapi bila dah kena panggil atau kena aim dengan fasi jadi kecut tapi tidak pada si R ni. Kerana bila dia terpilih untuk melaungkan azan, dia terus bangkit dan bersedia untuk azan. Subhanallah… 

                 Bila di memulakan azan tu, kitorang sume terkejut. Merdu sungguh suara dia. Dhiya tersenyum, tak sangka budak nakal yang kami selalu gelarkan samseng tu mempunyai suara yang sungguh merdu apabila melaungkan azan. Terdetik di hati dhiya masa tu lau dia jadi budak baik confirm ramai mak cik2 kat kampong nak bermenantukan bakal muazin ni. 

               R, kalau lah kau terbaca blog aku ni, aku sarankan kau belajar lek lok sikit dah boleh daftar nak jadi muazin dah pastu. 10.5 per 10 like for your voice for azan.
           
               Tapi sebenarnya, ada juga rakan2 kita yang lelaki nakal dan suka mengusik masa kecil dulu. Tup2 dah besar ni jadi insan terpelajar dan dok usha kawan2 lame.. Mungkin mana tau kan?
            R, I wish for your bright future.
                                                                                                            Sincere your ex-classmate,
                                                                                                           
Khairunniswa
 

berblog untuk hiburkan hati ^_^

24 December 2012

ADIK TAK TAHU BUAT KARANGAN

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

best betul! x tipu punyer...


Hati anak belasan tahun ini hiba berbaur resah. Pandang kiri, pandang kanan, kawan-kaan sedang rancak menyusun isi cerita karangan, ‘ Kasih Seorang Ayah’. Setengah jam masa sudah berlalu, kertas ujian bulanan itu tetap kosong. Dia cuba memerah otak untuk mencatat sesuatu tapi tak berhasil. Puas dicuba tapi tak berjaya. “Apa pandangan yang harus ku tulis?” getus hatinya. Sudahnya kertas yang dikutip dari belakang ke depan di sisp cepat2 kertas kosong yang Cuma bercatat namanya sahaja.

            Beberapa minggu kemudian, buku rekod ujian bulanan di bawa pulang. Sambil mengayuh basikal, air matanya tertumpah jua. Petang itu dia menanti ibunya pulang dari bekerja di kilang elektronik. Setelah ibu melepaskan lelah dan solat Maghrib, di hulurkan buku rekod itu. Alangkah terkejutnya si ibu melihat markah 0, bertanda dakwat merah pada mata pelajaran karangan BM. 

            Si ibu bertanya, lalu dalam nada sebak si anak menjawab, “Adik tak tahu nak buat karangan ‘Kasih Seorang Ayah’. Adik tak ada abah, abah ceraikan mama, abah tingalkan kita masa adik kecik. Abah tak pernah jenguk kita sampai sekarang. Adik tak pernah tahu macam mana abah belai adik, adik tak pernah rasa, mama. Maafkan adik mama,”

            Anak belasan tahun itu, memeluk erat ibunya dalam esakan yang cukup sayu. Lemas dan resah yang membuak sejak beberapa minggu yang lalu di lepaskan di ribaan ibunya dengan hati yang sedikit lega.

m/s 42-43, Alahai Pengantin Baru…, Datin Seri Latipah Abdullah, Dr. Amida Abdulhamid, Jalilah Abdullah.

            Cerita di atas sungguh menyayat hati dhiya. Dhiiya beli buku ni untuk dijadikan hantaran semasa nikah nanti. Tapi mak dhiya pesan sebelum awak nak bagi orang lan baca, awak bacalah dulu dan fahami isi2 yang ada dalam buku ni.

            Cerita di atas antara cerita yang sokmo2 dhiya baca. Tapi setiap kali dhiya baca tetap rasa sebak yang sesebaknya.. bukan untuk bakal pengantin atau pengantin baru sahaja, buku ini sesuai di baca untuk semua. Banyak cerita2 dan pengalaman2 yang sangat menyentuh jiwa.
Beli jangan tak beli. Sekarang tengah promosi kat Popular. RM29.90 jer…

p/s : Popular tak bayar upah pon taw dhiya promote ni ikhlas…e eh  ikhlas mana boleh bagi tau…ha5..

berblog untuk hiburkan hati ^_^

nonsense?

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.



Hello… hye…. And what ever..

Hari ni dhiya nak bebel sorang2..ha5..ade yang sanggup untuk terus membaca? Just kalau sanggup teruskan roll your mouse down k?
Hari ni rumah atok dhiya ade kenduri(rewang) sikit2 sebab ada bacaan yasin malam ti kat rumah atok. Bagi family dhiya(adik beradik) makcik/pakcik yang paling kitorang nantikan tiap kali sedare mare nak balik meti makcik kitorang yang namenya Kasni. Why? Haha5… coz adelah.. bagi dhiya dan adik2 lain2 mak cik Kasni @ Wak Ani ni mempunyai ranking tertinggi dalam hati kami. 

Wak Ani adalah makcik terbaik ever after. Tak taulah kenapa. Tapi apa yang dhiya pasti beliau banyak membantu family dhiya. Sejak ayah dhiya kecik lagi dia dah sangat membantu. Dia seorang yang baik hati dan suka bagi nasihat. Bukan sahaja pada anak2nya yang ada rupa tu tapi juga pada anak2 buahnya seperti kami ni. Family beliau sangat disenangi oleh family dhiya dan saudara mara yang lain.

Sifat Wak Ani yang Peramah dan disenangi itu juga turun pada anak2nya yang lain. Terutama abang Hattadi. Abg Hatta ni kalau bab nak bersyarah dah mengalahkan abah dia. Nampak matured sangat. Wow! Terbaik! So dhiya sangat hormat pada family ini. Masa dhiya nak daftar masuk KKAS dulu pon Wak Ani banyak tolong tak kira lah dari segi kewangan atau pon sokongan emosi. Awal2 bulan dhiya kat sana dia sokmo call tanya khabar. Dah macam mak dhiya pulak. Terharunya….
Dhiya sangat bangga sebab ada mak cik dan pak cik seperti Wak Ani dan suaminya Wak Din(Zainuddin). Dan sepupu seperti abang Hatta dan adik2 nya.

Pada dhiya, kita bersaudara saling hormat menghormati seperti ahli keluarga sendiri. Tak perlulah nak tarik2 muka..erm..buang yang keruh amik yang jernih tau!


berblog untuk hiburkan hati ^_^

18 December 2012

Tahniah my sys!


tahniah pada semua yang berjaya, yang tak berapa cemerlang la tahzan..ade lagi jalan yang panjang untuk anda semua...

Adik Fatin berjaya memperoleh 7A's... Congratulation... Sekolah yang di mohon for next year, SMS Muar ngan Kolej Vokasional Azizah untuk Pakaian or Kulinari... hope dapat la masuk asrama... Jangan duduk bawah ketiak mak lagi.... Dhiya pon lepas PMR trus apply asrama SMT Muar. he5..keluar daerah sikit.. Pastu straight Kedah pulak...

Pilihan sekolah tahun depan korang pulak? Takkan nak stay SMK yang sama? xpela masing2 ade pilihan sendiri...


berblog untuk hiburkan hati ^_^

Jawatan Kosong Yang Menarik!!!!

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

 
iklan yang terpampang di masjid Ar-Rahman di Kg. Parit Awang Yong Peng lebih kurang macam ni la.. dhiya olah balik.


Pagi tadi sebelum gerak ke pekan Yong Peng untuk membeli barang, dhiya singgah ke rumah sahabat yangterletak betul2 di hadapan masjid kampong dhiya. Tiba2 mata dhiya tertangkap satu banner iklan tentang kerja kosong. Apabila dhiya mengamati iklan tu, sebenarnya ia merupakan 1 langkah yang di buat oleh ahli Masjid untuk mengajak semua orang sama2 mengimarahkan masjid. 

Wah! Bagus and terbaik! Tapi dhiya x taw la ada kah orang yang betul menghadirkan diri setelah banner itu terpasang? Erm? Sebab pemuda pemudi zaman ni liat sungguh nak ke masjid. Dhiya sendiri tunggu la nak terawih ti ke, awal muharam ke baru Nampak muka dhiya… o’o… bukan ape… kadang2 kesibukan diri ni mengatasi segalanya. Ditambah lagi dengan benih2 malas yang ditabur oleh syaitan2 yang direjam… na’uzubillah… xmau2.. pas ni sama2 kita ke masjid ye… jangan lupa temu janji kita dengan-Nya!

berblog untuk hiburkan hati ^_^