Beberapa hari yang lepas, selepas keluar wad, D balik kampung untuk berehat.. Sedang duduk2 di ruang tamu dengan mak dan suami, mak menceritakan kaitan antara kehilangan MH370 dan surah yaasin yang didengari dari ustaz mane ntah D pon tak ingat.
Mak kata, " Dalam surah Yaasin pon telah dinyatakan hal yang terjadi ni. Kehilangan MH370 yang berlepas jam 12:41 am pada 8 Mac 2014. Lihat fakta nombornya.. Kebetulannya surah Yaasin mempunyai 83 ayat. Dan lihat pada tafsir ayat ke 41-43..
Maksud ayatnya adalah seperti berikut :-
41)Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera(kapal) yang penuh sarat;
42)Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
43)Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan.
Selepas D membelek al-Quran, D pon terfikir mungkin betul ni dah kententuan Nya.. Dan Dia pun telah menyatakan dalam al-Quran.. Kun Fayakun kan...
Allahu Akbar... Hanya Engkau yang tahu jalan hidup hamba Mu...