16 December 2016

LIFE AS a NURSE

ANEASTISIOLOGI NURSE

Assalamualaikum W.B.T...
seriously lame gile aku tak update blog ni.. dah lupa dah agaknye selok belok trick merick nak cantikkan blog ni.. tapi tangan ni gatal nak menaip. Maka datanglah idea2 menarik untuk menceritakan serba sedikit tentang life aku sebagai seorang jururawat bius. 

     Setakat ni, ramai yang menganggap kerja kami ni mudah sebab bagi orang tidoq ja paih tu merayap la tak tentu hala. Nope.. bagi aku yang kerja di hospital daerah sahaja tp mempunyai Operation Theater(OT) yang aktif ni, kami banyak bersama doktor di dalam sebab kadang doktor sorang je, housemen pon tak da, maka kami ni la dok pantau patient semasa doktor p toilet ka, p tgok patients kat recovery bay ka..

   kadang ada masa tu ang bukan dok tepi doktor masa nk induce patient. Watnye kena pulak difficult intubation, tak cukup tanah wey lari p cari barang. tak dak lah jauh ngat pon, ada dok kat depan Operation Room(OR) je pon tapi dia punya rush tu kalah kereta F1 oo.. berdesup bila doktor mention "proseal" zooooom.. tu dia laju bak hang p ambik..as i said earlier benda dekat ja tapi berlari cam marathon. "cmac" usually lau nak cmac ni, awal lagi prepare dah sebab dy kena pasang2 siap.. paling nervous bila patient kaya BMI mai kat kami.. Allah nervous ja rasa..patient tak mai lagi ni tapi kami dah  dok mundar mandir dalam OR nervous betol tu..

     Paling lega bila selamat intubate patient,(nak2 patient peads...) boleh tarik nafas lega dah la.
Routinenya kami ni, lau patients peads ni, dok dalam OR ja x berani nak merayap. pasai pa patient pead ni senang tol nak dapat maslah2 broncho ni.. Lau patient nak beranak2 , biasanya yang mai kat kami ni yang nak operation la.. indicationnya biasa, poor progress, fetal distress, fetal brady, placenta previa, impending eclampsia yang mother request pon ade.. yang dah banyak scar tu aku paham gak la pasai pa dy nak ceaser.. ni yang dok muda lagi.. umoq baya2 aku ja..primid lagi tu beria noo nak ceaser.. bagi push abisla deq oi,.. kudrat banyak lagi.. pahamla lau doktor yang suggest sbb tgk keadaan baby ni dy pulak mengalah doktor minta cepat2 keluarkan baby.. LOL..
enough citer site O&G ni.wat stress kepala...

    Common kes emergency or elektif is Orthopaedic... k most HOs or MOs said that department ni paling enjoy.. p la hospital mana pon sama ja.. kami tak tau..kami dari freshie memang dok tang ni ja..tak banyak yang kami ley kata lah pasal department ni sebab kes yang mai kat kami sama jah.. tapi bagi kami aneast nurse, kes Ortho yang kalau boleh tak mau la datang kat kami is kes yang melibatkan spine.. oh mama.. susahnya sape tau.. kena terbalik kan patient lepas intubate..risau la ape2 jadi masa nak terbalikkan tu...Alhamdulillah setakat ni tak da pa jadi lagi la berkat skill boss2 kami dan MOs yang terrer2 tu...

     Oooops lupa satu lagi department yang besaaaaaar sangat... Surgical department.. boss kami terbaik!!!kate boboiboy.. dia always nak operation dy smooth..patient kena sampai OR awal.. ok boss.. lau aku dok incharge kaunter nervous je hari surgical day.. jap2 mai boss tanya patient tak sampai lagi ka.. wad yang tolak patient aq pulak yang nervous pasai pa depa lambat sangat walaupon aku panggil awal tadi lagi...

to be continued.....

berblog untuk hiburkan hati ^_^

28 March 2014

MH370 Hilang dan Surah Yaasin





Beberapa hari yang lepas, selepas keluar wad, D balik kampung untuk berehat.. Sedang duduk2 di ruang tamu dengan mak dan suami, mak menceritakan kaitan antara kehilangan MH370 dan surah yaasin yang didengari dari ustaz mane ntah D pon tak ingat.

Mak kata, " Dalam surah Yaasin pon telah dinyatakan hal yang terjadi ni. Kehilangan MH370 yang berlepas jam 12:41 am pada 8 Mac 2014. Lihat fakta nombornya.. Kebetulannya surah Yaasin mempunyai 83 ayat. Dan lihat pada tafsir ayat ke 41-43..

Maksud ayatnya adalah seperti berikut :-

 41)Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera(kapal) yang penuh sarat;

42)Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.


43)Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan.


Selepas D membelek al-Quran, D pon terfikir mungkin betul ni dah kententuan Nya.. Dan Dia pun telah menyatakan dalam al-Quran.. Kun Fayakun kan...

Allahu Akbar... Hanya Engkau yang tahu jalan hidup hamba Mu...
berblog untuk hiburkan hati ^_^

21 January 2014

jealous punya pasal

kata hati dhiya : senyumlah selalu kerana senyumanmu adalah kebahagiaanku.

hye korie tengok blog ko up to date aku jeles plak...OT free hari ni,so aku curi masa jap update...

erm sekarang dah masuk 28 minggu.. aritu aku terlepas buat MGTT sebb pak cik aku meninggal (Al-fatihah. Semoga roh dicucuri rahmat). Lau aku g KK sok lusa, confirm dapat sound free punyer...

Tapi nak wat camne, last2 minute macam2 jadi..redha..  13/1 g scan baby dah nampak besar, disebabkan aku ni punyelah berat mulut + shy aku pun tak tanyalah doktor tu anak aku ni hero ke heroin.. keluar dari bilik doktor si Fufu plak bising2 nape tak tanye doktor.. dah kita malu nak wat camne.. nanti g la check lagi ape susah..ye tak?

sekarang sibuk nak pikir beli barang  baby je.. stroller, katil tilam and stuff yang sekutu dengannya dah dapat sponsor dari mak Itisz(mak su kita)..

THE NEXT DAY.....
hari ni balik kg, yong peng lah tempat nya lau nak cari barang yang murah... g Tai Heng beli baju baby. buat ade2 je... tak payah mahal2 asalkan berbaju anak aku nanti..

so far baby sgt aktif...teruskanlah begitu ye baby...

otw balik kg tibe2 teringat kawan aku.. korie la of coz... menjadi topik untuk berbual dengan Fufu sepanjang perjalanan untuk menghilangkan ngantuk... n terselit jua nama Alia.. miss her soo...

frenz...take care ye...
berblog untuk hiburkan hati ^_^

06 August 2013

Bout my Marriage



read more at here bout my marriage.

setelah lebih sebulan berumah tangga baru hari ini tergerak nak menaip sesuatu di sini.

thank a lot to my beloved friend as your beautiful post KORIE.

Alhamdulillah, akan datang 11.8 resepsi di rumah pihak lelaki pula.. kali ni, Dhiya akan cuba post cepat2..

Dhiya harap sangat di kurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ni.. ye la, orang kata anak tu anugerah..

After married ni, Dhiya belajar banyak sangat tentang alam rumah tangga. yang paling common sekali adalah ayat dari mak mertua Dhiya iaitu, " tak pandai masak tak pe, asalkan rajin ke dapur. nanti lama2 pandailah masak tu.."

Dhiya bersyukur sebab dapat keluarga mertua yang sangat sangat peramah. Although husband Dhiya tu pendiam sikit orangnya, tapi bila dengan family mulut dia sangat nakal. asyik kenakan dhiya je. padan muka hari2 makan 'ketam' dhiya.

Disebabkan dhiya belum lagi dapat mana2 posting, dhiya dan husband decide untuk tidak beli rumah dulu, so, now dhiya stay at my mom's and in law's house. lau husband balik dari Segamat dapatlah bersua muka dengannya.

pengalaman puasa bersama husband sangat seronok. namun begitu, di sini lah dhiya nak bagi tahu yang alam perkahwinan ni exposed everything.

husband dhiya,

  1. kuat merajuk, tp pada masa yang sama senang di pujuk.
  2. kuat tidur, and susah nak kejut.
  3. suka solat jemaah, tiap kali nak solat, dia akan tarik tangan dhiya ajak solat sama2.
  4. kuat makan, and kuat exercise gak..bab tu macam neutral je naik tak turun pon tak.
  5. sangat manja. lepas solat akan baring kat riba dhiya or vice versa.
  6. crazy anime. sikit2 download anime2 tu.. hurgh...
  7. tak suka potong rambut and cukur misai kalau tak kena paksa.
  8. sangat peyayang, penyabar and dll.

love you dhanish...


P/S : KORIE, love you!!!

berblog untuk hiburkan hati ^_^

01 June 2013

HOT TOPIC FOR THE GIRL....

Hye, ank dara seluruh Malaysia.. D curious la... Ape sebenarnya karakter yang you all semua cari pada seorang lelaki? Baru baru ni D ade mendengar pandangan dari seorang jejaka malaya mengenai pandangan dia mengenai masa depan. Topik ini dikhususkan lagi dengan bahagian perkahwinan dan pekerjaan.

Lelaki yang D boleh kenalkan sebagai One. One berpendapat kahwin muda bagus. "yes. Correct". Tapi yang potongnya, dia kata tak perlu kerja tetap. " oh, Noooo!". Dia kata dia mampu menyara anak dara orang tanpa memerlukan kerja tetap. "very big mistake". Agaknya pak mertua mana yang nk serahkan masa depan anak daranya kepada lelaki seperti ini?

Bagi D yang agak memilih, D tak harap dia sehensem yusuff, tetapi cukup dengan pengetahuan agamanya dan hormat orang tua. Yang paling penting bekerja tetap atau berpandangan jauh. Tidak meletakkan dirinya dalam zon selesa saja. Sentiasa berfikir untuk memajukan diri.

D, tak tahulah ada lagi ke yang buta kerana cinta ni? D tak lah memandang rendah
Kepada mana2 insan yang belum bernasib baik macam D dan pasangan, tetapi sekurang2nya berfikir untuk memajukan diri sudah cukup. Jangan fikir yang sesuatu yang kita kehendaki itu mudah didapati ye. Mesej utama D ialah sentiasa fikir kita boleh lakukan. Jangan terlalu selesa.


berblog untuk hiburkan hati ^_^