11 December 2012

L.O.V.E in Friendship (part 7)


“Ish, mana pulak dompet ni? Tadi ada kat sini.” Irdina Arina sudah puas menggeledah tas tangannya tapi hampa. Dompet kesayangannya telah hilang. Matanya mula bergenang kerana dompet tu adalah hadiah terakhir daripada arwah Izhanshafiq. Kebetulannya dompet tu serupa dengan pemberian Najwan Aziz semasa hari lahirnya yang ke 17 yang lalu. Yang telah dibuang ke taman landskap asrama satu ketika dahulu.


“Shahira, akak Arina nak jumpa kat bilik dia.” Seorang utusan yang telah diamanahkan oleh Irdina Arina telah memanggil gadis yang dah berjaya memberi kepuasan kepada Najwan Aziz. “Ish kenapa pulak akak AJKT(Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi) ni panggil aku? Takkan kantoi kot aku dating hari tu?” getus hati Syarifah Shahira. “Assalamualaikum.” Syarifah Shahira mengetuk pintu bilik AJKT sambil memberi salam. Seketika kemudian pintu di buka oleh Irdina Arina dengan senyuman yang cukup manis. AJKT yang lain buat2 busy dengan kerja masing2. Syafiza Qistina(penolong ketua asrama puteri/aspuri) panjat katil double dacker dan menutup muka dengan buku seolah2 tidur. Walhal niatnya untuk memasang telinga pada perbualan sahabatnya dengan pesaingnya itu. Faraneeza(setiusaha aspuri) pula mula keluar dan keluar ke bilik prep untuk mengulangkaji pelajaran. Noor Hani(bendahari aspuri) pula entah selepas gotong royong asrama telah melesapkan dirinya. “Em Shira, sampai dah. Duduklah dulu.” Irdina Arina mempelawa jirannya duduk dan dia berlalu ke lockernya dan mengambil dompet pemberian Najwan Aziz dan gambar2 Najwan Aziz di keluarkan. Gambar2 dimasukkan dalam satu sampul dan dompet digenggam kemas. “Eh Shira, apsal buat muka ketat macam tu?” Irdina Arina terkejut melihat reaksi Syarifah Shahira. “Eh xde lah kak. Cuma suspen je kenapa akak panggil saya tiba2?” Syarifah Shahira menyelesakan duduknya apabila jantungnya mula berdebar2. “Tak ada apalah. Saja nak borak dengan kamu. Kamu kenal Najwan Aziz? Dak KM1 tu?” Irdina Arina memulakan soal siasatnya. Setelah diam untuk beberapa saat, Syarifah Shahira mengangguk perlahan. “Shira tak payah la takut. Akak tanya jer. Kan kami kawan sekelas. Betul kea de kawan2 akak kata kamu outing dengan dia naik 1 motor?” air muka Syarifah Shahira berubah apabila pertanyaan itu di ajukan kepadanya. “Err..Err.. Akak nak bagi tahu kat warden ke? Tolonglah kak, jangan bagitahu kat warden.” Irdina Arina tergelak kecil apabila Syarifah Shahira merayu sebegitu kepadanya. “Apa faedah yang akak dapat kalau akak bagitahu warden? Dapat duit? Tak pun. Akak malas nak amek tahu pun sebenarnya. Tapi akak nak tanya sikit. Bila mula kenal dia? Couple ke?” Irdina Arina ingin sahaja tamatkan perbualan ini segera tapi dia inginkan penjelasan sejelasnya. “Kami mula rapat 17.8 aritu. Beberapa hari pastu dia ajak couple.” Irdina Arina agak terkejut tapi disembunyikan riak wajahnya. 17.8 tarikh yang sama di mana dia dan Najwan Aziz confess each other. “Well, maybe dia lebih selesa dengan Shira berbanding akak. So, we broke up already. Ni semua gambar dia, Shira amek. Satu pun akak xnak simpan. Apa dia buat pada akak lepas dia kenal Shira, akak rasa Shira x perlu tahu. Tapi akak nasihatkan jaga maruah diri. Ni…” ayat Irdina Arina mati seketika sambil  menunjukkan dompet pemberian Najwan Aziz pada Syarifah Shahira. Lalu, dia bangkit ke koridor dan melemparkannya ke belakang taman landskap asrama. Kemudian, dia menyambung semula, “Sekarang dah tak de apa lagi yang akak simpan antara akak dan dia. Shira boleh balik bilik sekarang. Akak nak study,” Irdina Arina mengambil tempat di mejanya. Dibiarkan sahaja Syarifah Shahira termangu2 di tempat duduknya. Perlahan2 matanya mula berkaca. “Akak saya minta maaf saya tak tahu,” Syarifah Shahira ingin menjelaskan tapi Irdina Arina tahu bukan dia yang salah mungkin. “Akak tahu. Just go shira.” Sebelum meninggalkan bilik AJKT Syarifah Shahira sempat berkata, “Akak saya takkan keluar dengan dia lagi.” Selepas mendengar kata2 terakhir Syariah Shahira, Irdina Arina tersenyum. Namun, selang beberapa hari kemudian apa yang jelas di depan mata Irdina Arina mereka bertambah rapat bukan seperti yang di dengarnya.


Setelah hampir 1 jam menunggu, Najwan Aziz mengambil keputusan untuk menyerahkan dompet tu kepada rakan sekerja Irdina Arina sahaja. Niatnya untuk bersua muka dengan Irdina Arina terpaksa dibatalkan kerana penat menunggu. Kereta Honda Accord yang sudah lama memanaskan enjinnya masih di depan sekolah. Hatinya masih ingin menunggu lagi tapi kerja yang menimbun di pejabat bermain2 di matanya.
“Rin, tadi ada a gentleman came and leave this to you.” Irdina Arina agak terkejut kerana dompet yang di cari sedari tadi ada di atas mejanya. “Kak Pah, kenal x siape yang hantar ni tadi?” Irdina Arina  ingin mengucapkan terima kasih pada orang tersebut. “I’m not sure lah Rin. But, dia baru je jalan keluar tadi. Kalau Rin juara 100m boleh la kejar dia.” Sempat lagi Kak Pah, guru Bahasa Inggeris itu melawak. Irdina Arina terus menyediakan kakinya untuk mengejar penyelamat dompetnya itu. Diluar pagar hanya sebuah kereta mewah sahaja yang kelihatan. Perlahan2 Irdina Arina menghampiri kereta tersebut kerana keadaan cermin yang agak gelap menyukarkannya untuk mengecam siapa pemandunya. Tiba2 cermin tingkap diturunkan. “Wan?” Irdina Arina sedikit kaget kerana Najwan Aziz begitu serius tika itu.

“Erm, pasal purse tadi tu terima kasih ye.” Irdina Arina hanya tunduk. Sekali sekala matanya cuba mencari kot2 ada bayang insan yang dikenali untuk menyelamatkan dirinya dari terus berdua2an dengan Najwan Aziz setelah dia sendiri tidak dapat menolak pelawaan lelaki itu untuk keluar makan. “Sama2. Rin,xselesa ke dgn Wan? Dari tadi macam xsenang duduk je. Kenapa?” Najwan Aziz yang sedari tadi hanya memerhatikan Irdina Arina seperti dapat membaca apa yang difikirkan wanita itu. “Sebenarnya, Rin x boleh lama ni. Ade kerja lagi kat sekolah tu. Boleh hantar Rin balik sekolah sekarang?” Irdina Arina sudah bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke kereta. Sementara menunggu Najwan Aziz membayar bil makanan, Irdina Arina terpandang seseorang yang cukup dikenali. Tiba2 hatinya berbunga riang. “Fik! Fik!” jarak yang jauh itu memerlukan volume suara yang agak tinggi. Fikri Riduan mencari2 arah suara yang cukup dikenalinya. “Sape pulak pannggil aku ni?” Fikri Riduan menoleh ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi. “Oi Rin, kau buat ape kat sini?”
“Aku keluar ngan Wan tadi. Sekarang aku nak tumpang kau balik sekolah boleh?”
Fikri Riduan membuat reaksi pelik apabila nama Najwan meniti di bibir Irdina Arina. Yang lagi mengejutkan apabila perkataan ‘keluar dengan Wan’.
“Wan?Najwan? kau…..?”
“Dah2 panjang ceritanya nanti aku cerita. Sekarang aku nak tumpang kau boleh ke tidak?”
“Dah tentulah boleh. Tapi mana Wan nye? Nanti dia cari kau pulak.”
“Ada tu ha. Kau teman aku jap.”
Mereka berdua menghampiri Najwan Aziz. “Eh, Fik! Kau pun ada kat sini? Buat apa?”
Mereka bersalaman. “Aku ada hal sikit kat bank tadi. Sekarang aku nak balik sekolah pulak. Ada meeting sekejap lagi ni.” Irdina Arina lekas2 memulakan dramanya untuk loloskan diri dari Najwan Aziz. “A’ah la. Macam mana aku boleh lupa. Meeting dengan pengetuakan? Kalau macam tu, Rin naik Fikri je lah balik sekolah. Wan tak payahlah susah2 nak hantar Rin.” Irdina Arina segera menuju ke arah kereta Persona kelabu milik Fikri Riduan. Najwan Aziz x dapat berkata apa. Hanya anggukan mengiringi langkah Irdina Arina.Susah benar nampaknya untuk Irdina Arina memaafkannya. Setelah dua sahabatnya hilang dari pandangan mata, Najwan segera ke keretanya untuk pulang ke pejabat. Di atas dashboard keretanya ada satu nota kecil bertulis tangan.


"wan, tq coz pulangkan balik purse Rin. Ingat x purse tu? Tapi purse yang Wan bagi dulu dah xde kat tangan Rin lagi. sebab Rin xlayak milikinya. Sebenarnya, arwah tunang Rin bagi purse ni.Sebijik macam yang Wan bagi dulu. Tapi kalini mungkin lebih berharga dari dulu."
                                                 - Rin-


Najwan Aziz mengeluh panjang. Sangkaannya Irdina Arina masih menyayanginya. Rupa2nya, arwah Izhanshafiq masih merajai hatinya.Manakan tidak sama purse itu,kerana semasa arwah Izhanshafiq memilih hadiah untuk Irdina Arina dulu,dia yang mencadangkan memilih purse tersebut.


berblog untuk hiburkan hati ^_^

No comments: