04 December 2012

L.O.V.E in Friendship (Part 6)


“Kau cuti ke?” Irdina Arina menyedut minuman jus epal yang baru di pesan sebentar tadi. “ Em.. tak la. Aku resign. Aku take over tempat ayah aku. Dia pun dah tak berapa sihat. Tak sampai hati pulak tengok dia ulang alik lagi ke pejabat, padahal aku ade untuk buat semua tu,”. Fikri Riduan sampai dengan ayam KFC. “Em borak pasal ape ni?” Fikri Riduan dengan selambanya mengambil tempat di sisi Irdina Arina. “Ni ha Najwan ni dia resign dah. Sekarang nak take over tempat bapak dia la,” Fikri Riduan menghulurkan air minuman berkarbonat pada Irdina Arina. Gerak gerinya diperhatikan sahaja oleh Najwan Aziz. “Alah Rin, orang tu bolehlah nak take over-take over. Macam kita ni mana boleh. Untung kau wan,” Fikri Riduan menghirup air untuk membasahkan tekak yang dahaga. “Ni pun untuk orang tua aku jugak Fik. Lau aku tak tolong diorang, siape lagi yang ade untuk diorang tu?” Najwan pun turut memulakan upacara meratah ayam KFC yang terhidang di hadapan mata. “Korang makan dulu aku nak pergi toilet jap. Dari tadi tahan ni,” Fikri Riduan memegang perut yang memulas sedari tadi. “Eh, kau ni Fik tak senonohlah.” Irdina Arina menutup hidung seolah-olah memerli Fikri Riduan. Sepemergian Fikri Riduan, Irdina Arina hanya diam dan khusyukkan dirinya makan ayam KFC saja. Bagi Irdina Arina, tiada apa lagi yang boleh dibicarakan dengan Najwan Aziz secara personal kerana kenangan antara dia dan Najwan Aziz hanyalah mimpi ngeri suatu ketika dulu. Tapi, bagi Najwan Aziz,hidupnya terkurung dengan rasa serba salah. Kesalahan yang dilakukan pada Irdina Arina dulu selalu menghantui dirinya. Fikri Riduan dan Rayyan Zubir – sahabat baik kepada Najwan Aziz lah yang banyak menjaga hati  Irdina Arina. Bagi mereka, Irdina Arina adalah seorang gadis polos yang tidak patut menerima layanan begitu daripada Najwan Aziz.
“Rin, kau ok x ni? Maaflah aku bawak Najwan datang umah kau petang tadi tak minta izin kat kau pun,” Fikri Riduan berhentikan kereta di luar pagar rumah teres Irdina Arina. “Ish, tak ada apelah Fik. Lagipun kan kau ada. So, takdelah aku rasa janggal sangat,” Irdina Arina sekadar menunduk. “ok la Fik, aku masuk dulu. Drive carefully. Assalamualaikum,” Irdina Arina melangkah keluar dari kereta Persona milik Fikri Riduan.
      “Ye Cikgu Daim, saya tengah on the way pergi ke MRSM Muar ni untuk mesyuarat tu. Saya akan serahkan minit mesyuarat tu esok pagi. Assalamualaikum,” talian di matikan. “Adoi, perut ni memulas pulak. Aik, kereta aku pun dan2 nak habis minyak,” Irdina Arina memandu masuk ke Petronas berhampiran. Setelah membayar duit minyak, segera hajat dilaksanakan. “Fuuh.. Leganya,” sambil menggosok2 perut, Irdina Arina berlari-lari anak ke arah keretanya. Malangnya kasut yang bertumit sedikit tinggi tu menyebabkan dia hamper tersungkur. Mujur saja sempat berpaut pada gentleman ni, kalau tak free2 jer pekerja Petronas ni dapat tengok nangka jatuh. “Thank you,” Irdina Arina mengemaskan bajunya. Maklumlah nak masuk meeting. “It’s ok. Tak da luka ape ke kan?” Najwan membantu Irdina Arina berdiri tegak. Pertemuan tak disangka itu amat mengejutkan Irdina Arina. Tanpa sepatah kata, Irdina Arina menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi. “Eh, dompet ni?” Najwan Aziz tak dapat buat apa. Dompet pink itu digenggam kemas.
Irdina Arina berlegar-legar di dalam kelas. Tak sangka hari ni dialah paling awal tiba di kelas. Rakan-rakan yang lain lewat akibat terlajak tidur. Pagi-pagi lagi senyuman menghiasi bibir. Hari ni sangat bahagia sebab hari lahir yang ke 17 telah tiba. BOO!! “oo mak kau!” Irdina Arina terkejut usikan dari Khairuddin Aziz.
“hahahaha… apelah macam tu pun terkejut. Ni dah sah2 penakut ni,” Najwan Aziz menarik kerusi dan duduk menghadap Irdina Arina. Awak, kenapa datang awal hari ni?” Najwan Aziz mengajukan pertanyaan seakan hairan kerna awal benar buah hatinya tiba ke kelas walhal dia tahu hari ni ulang tahun hari lahirnya. “Ellah cakap orang, kamu pun sama je. Saja lah.. semangat lebih hari ni,” Irdina Arina membuang pandangan ke padang sekolah. “Kenapa pulak? Something special happen ke?” Najwan masih berpura-pura lagi. Air muka Irdina Arina berubah. Sakit hatinya kerana hari lahirnya tidak di ingati. “Tak ada apalah. Dah lah orang nak ulang kaji dulu,” Irdina Arina mengambil tempatnya dan membuka buku teks sejarah. Diselak halaman buku dengan kasar seolah2 melepaskan geram pada buku tersebut. Najwan Aziz tersenyum sendirian.
Sesi sekolah tamat pada jam 2.10pm. Murid2 berpusu2 meninggalkan kawasan sekolah. Budak asrama pula sibuk memenuhi dewan makan untuk mengisi perut yang lapar. Irdina Arina mengemas peralatan tulisnya. Leka membuat latihan matematik tadi membuatnya menjadi orangn paling last yang pulang. Air mukanya masih sedih seperti pagi tadi. Manakan tidak, tiada seorang pun yang mengucapkan happy birthday kepadanya. Irdina Arina duduk semula. Niatnya untuk pulang ke bilik asrama terbantut. Di belek2 buku2 teks yang diletak bawah meja tiba2 matanya tertangkap bukusan warna warni di sebalik buku2 yang agak tebal. Perlahan2 dia membuka kotak yang dihiasi reben dan bunga. Takut juga kalau2 ada yang nak mengenakannya. “Wah! Lawanya dompet ni. Colour pink. Comelnya! Siapa pulak yang bagi ni?” Irdina Arina membelek2 kotak kalau2 ada yang meninggalkan kad ucapan namun tiada. “Happy Birthday to you… Happy Birthday to you…” tiba2 kedengaran lagu ulang tahun. Najwan Aziz, Fikri Riduan dan Rayyan Zubir menyanyi di sebalik tingkap. Irdina Arina sekadar tergelak kecil dan tersenyum girang. “Ingatkan dah lupa dah birthday kita,” Irdina Arina bangkit dan menuju ke arah mereka bertiga. “Mana boleh lupa. Orang kita sayang ni,” Najwan Aziz mengemaskan kolar bajunya. Macam lelaki macho gitu. Tiba2 Fikri Riduan berkata, “Ray, mana aku boleh tahan ni tengok diorang ni. Aku pun nak awek jugak lah gitu. Nak cari kat mana ha?”. Irdina arina dan yang lain tergelak mendengar lawak Fikri Riduan.
2 minggu kemudian…
“Rin, mai sat,” Faraneeza gadis kelahiran Kedah itu memanggilnya ke bilik basuh. “Awatnya hang ni? Kalut semacam ja,” Irdina Arina mengajuk loghat Faraneeza. Faraneeza dan Shafiza Qistina saling memukul2 siku. Kedua2nya kelihatan resah untuk mengatakan sesuatu kepada Irdina Arina. “macam ni Rin, sat ni, aku dok Nampak si Najwan dok bonceng budak SK Form 4 tu. Tak silap aku, budak tu pun dok asrama sama kita. Selang 2 bilik ja dengan bilik kita ni. Aku dok pikiaq nak habaq tak habaq kat hang. Tapi kawan punya pasal aku habaq mai la kat hang. Aku tak mau hang dok tertipu ngan mat motor lagu dia tu,” Faraneeza menghela nafas setelah bersuara. Irdina Arina tenang. Dia terus pulang ke bilik. Di bilik, gambar Najwan Aziz di tatap. Sebelum dia tanya pada junior SK tu, dia akan bertanya pada Najwan terlebih dahulu esok. Nekad.
“Wan, Rin nak tanya sikit ni. Bangunlah.” Irdina Arina menggoyang2kan tubuh Najwan Aziz yang meletakkan kepala atas meja. “ha.. Tanya apa?” Najwan Aziz bercakap malas. Waktu rehat ketika itu hanya sedikit pelajar duduk di kelas.  “Betul ke Wan pergi keluar dengan Junior SK Syarifah Shahira hari tu? Naik motor? Betul ke?” pertanyaan Irdina Arina tiada jawapan. Dari reaksi muka Najwan Aziz, sepertinya dia tak mahu bercakap langsung dengan Irdina Arina. Sekejap2 hanya mengeluh yang keluar dari mulutnya. Samada rasa bersalah atau malas nak bercakap dah. “Wan jawablah Rin tanya ni. Kenapa diam jer? Betul ke tidak?” Irdina memaksa Najwan Aziz menerangkan segala2nya padanya. Tiba2 Najwan Aziz bangun sambil memukul meja dengan kuat. “Eh!! Kau ni memekakla. Tak Nampak ke aku nak tidur ni??” sambil menarik tudung Irdina Arina, Najwan Aziz terus memekik di telinganya. “apa yang kau nak sibuk sangat ni ha? Aku dah besar tahu lah aku nak buat ape. Yang kau nak sibuk2 ni kenapa?”. Dalam terketar2 Irdina Arina menggagahkan diri untuk terus bertanya. “Tapi kenapa? Apa salah Rin pada Wan?” perlahan2 menitik airmata membasahi pipi. “Nak tahu kenapa? Kau nak tahu kenapa??!! Sebab kau ni bodoh. Duit aku boleh bagi. Ape kau nak aku boleh bagi lah. Tapi aku pegang tangan sikit, marah! Aku pegang pinggang sikit, merajuk! Hey! Tak luak la wey aku usik tu. Bukan aku nak main dengan kau pon. Banyak sangat pantang larang nye. Bosan kau tau x?!”Najwan Aziz melepaskan tangan yang menggenggam kepala Irdina Arina. Irdina Arina membetulkan tudungnya perlahan2. Air mata makin laju menitik. “Dah memang benda tu haram la aku tak suka. Salah ke? Memang aku bodoh sebab aku ingat kau baik. Tapi aku silap. Najwan yang aku kenal ni setan!” Irdina Arina memalingkan badan tak mau berhadapan lagi dengan Najwan Aziz versi syaitan itu. Baru saja kakinya hendak memulakan langkah meninggalkan Najwan Aziz, tangannya di tarik kasar menampar pipi halus Irdina Arina. Bekas tamparan Najwan Aziz meninggalkan kesan yang jelas pada pipi Irdina Arina. Fikri Riduan dan Rayyan Zubir kebetulan balik dari kantin terkejut melihat insiden tersebut dan menghentikan Najwan Aziz daripada terus bertindak kasar pada Irdina Arina. “Hey Wan! Kau buat ape ni? Kau gila ke?” Rayyan Zubir memegang badan Najwan Aziz supaya tidak mengasari Irdina Arina lagi. “biar aku belasah mulut celopar perempuan ni,” Fikri Riduan pula bertindak menghentikan Najwan Aziz dengan memarahi sahabatnya itu. “Hey! Sudahlah Wan! Kau dah tipu dia, sekarang kau nak belasah dia pulak? Nak tinggalkan dia, tinggalkan je lah. Kau nak pukul2 ni apsal pulak? Anak orang ni wey!”. Setelah memarahi Najwan Aziz, Fikri Riduan menghampiri Irdina Arina yang terduduk akibat di tampar oleh Najwan Aziz. “Rin aku minta maaf bagi pihak Wan. Kau boleh bangun tak? Nak aku panggil sape2 tolong kau?” melihat Irdina Arina terpaku bagai hilang semangatnya membuat hatinya menjadi sayu. “Takpe. Takpe. Aku boleh bangun sendiri,” Irdina Arina bangkit perlahan2 dengan bantuan kerusi di tepinya. Tiba2 hidungnya berdarah. Syafiza Qistina dan Faraneeza segera menghampirinya dan membantu melakukan tindakan segera untuk menghentikan pendarahan pada hidung Irdina Arina. Akibat terkejut dengan tindakan Najwan Aziz pada awalnya tadi menyebabkan 2 gadis ni terpaku dan tidak menghampiri Irdina Arina dengan segera. “Kau memang kurang ajar!” Shafiza Qistina menjerit pada Najwan Aziz sebelum memapah Irdina Arina keluar dari kelas untuk pergi ke bilik rehat.
Ya Allah apa aku dah buat? Ampunkan aku Ya Allah.. Perlahan2 butir mutiara air mata Najwan Aziz menitis lagi. Najwan Aziz menggenggam erat dompet yang tercicir tadi dan mengelap air matanya. Khuatir juga kalau ada anak buahnya yang ternampak dia menangis di situ. Cepat2 dia masuk semula ke pejabatnya.

berblog untuk hiburkan hati ^_^

No comments: