04 December 2012

L.O.V.E in Friendship (part 5)


“Baiklah itu je yang dapat kita bincangkan pada hari ni.  Bersurai,” Izhanshafiq bersandar pada kerusi di bilik mesyuarat. Dia rasa malas untuk bangkit dari kerusi empuk itu. Untuk melangkah pulang ke biliknya terasa perjalanan yang jauh. Najwan Aziz masuk entah dari mana. Pelik melihat keadaan sahabatnya,  Najwan  pun bertanya, “Hans, kau ok tak ni?”  Najwan  memerhati Izhanshafiq mengurut kepalanya sendiri. “Entahlah  Najwan , kepala aku ni pening sangat,”.  Najwan  Aziz melekapkan tangan ke dahi Izhanshafiq. “Hok aloh, badan kau ni panas sangat la… Jom la aku bawa gi klinik,” Izhanshafiq menggeleng. “Eh, tak pe bro. sikit jer ni. Lepas rehat nanti kuranglah. Lagipun abis kerja ni aku  nak terus pergi Muar ambik tunang  aku. Daripada kau nak risaukan aku terlebih ni baik kau pergi ambikkan aku air segelas dengan panadol lagi elok,”  Najwan  Aziz hanya menggeleng melihat karenah sahabatnya.
      BROOK!! “Haish! Ya Allah,” Irdina Arina gelabah sebab terlanggar almari kecil setinggi lututnya yang mengandungi buku-buku ilmiah. Habis berterabur di atas lantai. “Ehem, Syarifah! Tolong saya susun buku-buku ni,” Irdina Arina meminta bantuan daripada pustakawan yang kebetulan lalu di depannya. “Eh, cikgu macam mana boleh tonggang terbalik pulak almari ni? Anak gajah mana pulak yang langgar ni?” Irdina Arina membuntangkan mata mendengar usikan Syarifah. “Hey, Awak ni! Besar sangat ke saya ni?” Irdina Arina membelek2 tubuhnya. “eh, tak adalah! Saya gurau je lah cikgu. Ha. Dah siap dah. Lain kali hati-hati ye cikgu,” Syarifah berlalu setelah bersalaman dengan Irdina Arina. Hatinya tidak tenang tiba-tiba. Niatnya untuk meminjam buku di perpustakaan sebagai penyediaan pengajaran dan pembelajaran di batalkan. “Hello, Assalamualaikum,” terdengar suara ibunya di hujung talian. “Wa’alaikumsalam. Ha! Rina, tadi kata sampai pukul 4. Ni dah pukul 6 dah ha, tak de pulak mak Nampak batang hidung kamu ni?” jelas suara kerisauan ibunya. “Mak, Rina tengah tunggu abang Hans ambil. Dia busy kot. InsyaAllah malam nanti Rina sampai ye,” Hati Irdina Arina bertambah gusar apabila panggilan yang dari tadi didail tidak berjawab. Abang kat mana? Getus hati  Irdina Arina.
      Mak Pah mendail sekali lagi nombor anak terunanya. Kali ni ada orang menjawab panggilan. “Hello Assalamualaikum. Hans.. Nape tak angkat dari tadi mak call? Kamu kat mane ni nak?” tiba-tiba terdengar suara asing yang bukan milik anaknya. “Hello Assalamualaikum. Maaf, saya Ins. Hadi. Boleh saya tahu saya sedang bercakap dengan siapa?” Air muka Mak Pah berubah apabila dia mengetahui dia sedang bercakap dengan seorang polis. “Saya Arpah. Mak nya empunya telefon. Izhanshafiq,”. Suasana sunyi sebentar. Kedengaran bunyi bising di hujung talian. “Pn. Arpah, anak puan sekarang berada di Hospital Tengku Ampuan. Dia dan seorang sahabatnya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sekarang En. Izhanshafiq berada di dewan bedah akibat pendarahan di kepalanya. Puan boleh hadir ke sini?” Mak Pah sekadar menjawab, “ye,”.
Fikri Riduan berjalan menuju ke ruang meletak kereta. Buku-buku latihan anak muridnya diletakkan di kerusi penumpang. Enjin kereta di panaskan. Tiba-tiba dia terpandang Irdina Arina bergegas ke keretanya sambil menangis. Fikri Riduan segera keluar dari keretanya mendapatkan Irdina Arina. “Rina nape ni? Kelam kabut sangat ni kenape?” Fikri Riduan ingin tahu kenapa Irdina Arina menangis. Sakitkah dia? “Fik, aku… Hosp. Tengku Ampuan… Hans….” Hanya sedu mengiringi air matanya  tiada satu pun ucapan yang lengkap dapat di dengar. “Ah! Tepilah! Aku nak cepat ni!” Irdina Arina tidak dapat bertenang lagi. “Tak boleh!” Fikri Riduan menarik tangan Irdina Arina ke keretanya. “Masuk! Naik kereta aku. Kau gile ke nak drive dengan keadaan macam ni? Jauh tu gile..Masuk!” setelah mendengar jerit pekik Fikri Riduan barulah Irdina dapat bertenang dan menurut kata Fikri Riduan. Dia pun tidak berdaya nak memandu bila mendapat berita dari bakal bapa mertuanya yang Izhanshafiq terlibat dalam kemalangan dan sedang dirawat di dewan bedah. Fikri Riduan memecut laju. Sekali sekala dipandang wajah resah sahabatnya yang kerap menyeka airmata yang mengalir. Irdina Arina takut adakah dia akan kehilangan Izhanshafiq. Digenggam erat cincin pemberian Izhanshafiq. Perlahan istighfar dan zikir diucapnya. Ditenangkan hati yang menggunung dengan kerisauan dan ketakutan.
       Najwan  Aziz keluar dari bilik rawatan. Dengan bantuan kerusi roda, dia menuju ke ICU. Dari kejauhan dia yakin wanita separuh abad yang menangis di bangku itu adalah ibu Izhanshafiq. Mak Pah meangkat kepala apabila tersedar ada orang yang menghampirinya. Dilihat pemuda yang berbalut di kepala dan kaki. “Nak, macam mana boleh jadi macam ni?” tak sempat  Najwan  berkata apa-apa, tiba-tiba Mak Pah di datangi seorang gadis awal 20-an.  Najwan  mengundurkan kerusi  rodanya dan duduk di tepi sahaja. Apa yang pasti, gadis itu pasti  tunangan Izhanshafiq. “ Najwan ?”  Najwan  Aziz menoleh apabila namanya di sebut. “Fikri ke?”  Najwan  menghulurkan salam.  “Macam mana kau boleh ada kat sini? Berbalut sana sini ni?” Fikri Riduan membelek2 balutan di kepala  Najwan . “Aku accident la dengan boss aku. Aku ok jer.. Boss aku lah yang teruk  ade kat ICU tu. Tu mak dengan tunang dialah tu,”
Fikri Riduan menoleh ke arah yang 
Najwan  tunjukkan. Fikri Riduan pun berkata, “Aku datang dengan tunang Boss kau la tadi. Kuar dari sekolah menangis macam orang gila, takkan aku nak biarkan dia drive sorang2. Lagi2 dia tu kan Irdina Arina,”  Najwan  Aziz membuntangkan matanya. “Irdina Arina?Rin?” Khairuddin memandang ke arah gadis itu sekali lagi. Ye.. Irdina Arina yang dia kenali dulu.
Setelah beberapa minit menunggu, doctor yang merawat Izhanshafiq  pun keluar dan memandang sayu kepada semua orang yang menunggu di ruang menunggu. Tanda faham dari Pak Rahim memberi izin untuk doctor meninggalkan waris pesakit yang telah tiada supaya bertenang dan redha dengan ketentuan dari Allah S.W.T. Irdina Arina menenangkan Mak Pah. Walaupun hatinya sedih dan tersiksa tapi siapalah dia nak di bandingkan dengan  Ibu  tunangnya yang sudah mengandungkannya selama 9 bulan. Najwan  dan Fikri Riduan tunduk dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Izhanshafiq bin Abd. Rahim  yang telah meninggal dunia pada jam 9.40 malam.
Irdina Arina pulang semula ke Muar setelah seminggu tidak mengajar. Kesedihan yang dialami dibuang jauh2.. sudah pasti arwah tunangnya tidak mahu dia bersedih sepanjang masa sehingga mengganggu kehidupannya. “Rin, jangan risaukan mak lagi yer. Pergi lah tunaikan tanggungjawab Rin sebagai seorang guru ye,” Irdina Arina bersalaman dan berpelukan dengan Mak Pah sebelum meninggalkan mereka semua. “Fikri,hati-hati drive ye. Rin, dah sampai Muar nanti telefon ayah tau,” Pak Daud mengingatkan Fikri Riduan dan anak gadisnya.
5 bulan kemudian…
      TIN!TIN! Irdina Arina membuka pintu rumahnya. “Woi pak cik! Ape hon2? Bagi lah salam. Awak tu kan Islam. Ni ape mimpi datang rumah aku malam2 ni?” Fikri Riduan membuka pintu di bahagian penumpang. Dalam samar2 sinaran cahaya bulan Irdina Arina nampak ada seorang lelaki keluar dari situ. “Assalamualaikum Rin,” Irdina Arina mengamati wajah lelaki itu. “ Najwan ?”

berblog untuk hiburkan hati ^_^

No comments: