28 October 2012

L.O.V.E in Friendship (part 4)

                 Waktu persekolahan tamat, murid-murid berpusu-pusu ke pintu pagar sekolah, namun begitu bagi guru-guru masih banyak lagi urusan yang belum diselesaikan. Pintu bilik Fikri Riduan di ketuk. “Masuk,” Fikri Riduan masih fokus pada kerjanya. Tanpa memandang ke arah tetamunya dia mempelawa tetamu tersebut duduk di kerusi berhadapan dengannya. “Fikri,jom lepak,” lantas kepala yang melihat buku latihan murid-muridnya di angkat. “Are you sure bout that?” Fikri mengerutkan dahinya. Irdina Arina cuba menangkap adakah Fikri Riduan salah faham? “Ajak makan bukan ajak dating ye. Takut nanti cik Shafiza Qistina kita jeles,” Irdina Arina mengingatkan Fikri Riduan tentang cinta monyet di zaman sekolah dulu. “Hello Cik Rina. Itu cinta monyetlah. Lagipun dia dah ada orang lain dah pun. Kau tu. Tak takut boyfriend marah ke?” Fikri Riduan cuba meneka jika hati sahabatnya sudah berpunya. Seingatnya dulu, wanita ini sudah tak percaya pada cinta lagi. Semuanya kerana Najwan Aziz. Sahabat baiknya itu sanggup menyakiti hati Irdina Arina yang ketika itu sangat polos dan lurus. Tetap bertahan walaupun dimalukan di khalayak ramai. Fikri Riduan sendiri tidak menyangka sahabat baiknya itu berperangai begitu. Simpati yang teramat sangat di limpahi pada Irdina Arina. Tapi Irdina Arina terus jalani hari seperti tiada apa yang berlaku. “Ehem!” deheman Irdina Arina membuatkan Fikri Riduan terjaga dari lamunan panjangnya. “Boyfriend tu tak adalah, tapi yang istimewa tu Insya Allah ada,” Fikri Riduan tertanya-tanya siapalah lelaki bertuah tu.

                “Rindunya kat Tanjung Emas ni. Lama tak lepak macam ni,” Irdina Arina mendepangkan tangannya menikmati udara segar. Hatinya yang rindu pada Muar sudah terubat. Hatinya gembira mengajar di tempat yang membina dirinya dulu. “Jom makan,”Fikri Riduan mempelawa Irdina Arina.

“Thanks banyak-banyak bawa aku pusing-pusing Muar. Belanja makan pizza semua. Aha! Tapikan Fikri kau muda lagi. Muda sangatla baru 27 tahun kot macam mana boleh jadi guru disiplin ha?” Fikri Riduan tergelak mendengar pertanyaan temannya itu. “kau tahu tak cikgu kesayangan kau tu pak cik aku? Oklah. Ketepikan status dia sebagai pakcik aku. Berdasarkan ciri2 yang ada pada aku sejak posting situ,cikgu disiplin senior pon pilih aku jadi guru disiplin junior. Ditambah dengan sokongan Tn. Ahmad Daim tu aku pun terpilihlah sebagai guru disiplin tu,” Irdina Arina tergelak besar mendengar kata-kata Fikri Riduan. “Ciri-ciri ape yang kau ada ha?” muka Fikri Riduan memerah menahan marah. Masak aku duduk dengan perempuan ni lama-lama. “kau nak keluar ke tidak? Karang aku bawa balik rumah baru tahu,” Fikri Riduan memasang perangkap. Irdina Arina segera berhenti ketawa dan meluru keluar. “ok. Ok. Aku keluar. Bye. Selamat malam,” Irdina Arina meluru masuk ke rumah sewanya setelah kereta Fikri Riduan hilang dari pandangan matanya.

“Assalamualaikum rina. Ni Hans. Hans OTW gi umah rina. Dalam setengah jam lagi Hans sampai. Siap2 tau nak gi sarapan sama-sama” x sempat Irdina Arina membalas, Izhanshafiq  telah memutuskan talian. Dalam keadaan kelam kabut, Irdina Arina menuruni anak tangga. Akibat terlalu gopoh Irdina Arina tergelincir dan jatuh ke bawah. “Ya Allah, sakitnya..” Irdina Arina cuba untuk bangkit tapi kakinya sangat sakit lalu dia sekadar mengengsot untuk mencapai telefon di ruang tamu. Tiba2 kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Alamak Hans dah sampai, detik hati Irdina Arina.
“Eh, mana Rin ni? Orang dah pesan dah siap2 buat ape lagi kat dalam tu?” Izhanshafiq mematikan enjin kereta dan meluru masuk ke dalam rumah. “Rin! Ya Allah ape dah jadi ni?” Izhanshafiq segera menbantu Irdina Arina berdiri tapi kesakitan yang tidak dapat ditanggung menyebabkan Irdina Arina terduduk semula. “Bismillah…” Izhanshafiq segera mendukung Irdina Arina ke dalam kereta. Irdina Arina tidak dapat menahan lagi airmata kesakitan. Kedengaran suaranya teresak-esak menagis. Izhanshafiq mula resah. Ditekan pedal minyak sehabisnya agar segera sampai ke hospital.
“Tu lah. Gopoh lagi. Tengok kaki tu nasib berbalut. Lau kena potong ke ape ke tadi sape yang susah? Han….” Irdina Arina segera menyampuk. Tak tahan mendengar bebelan dari Izhanshafiq macam mak nenek. “ Rina lah yang susah… Nampak? Yang sakitkan rina. Bukan Hans. Rina lapar tau… dengar Hans bebel lagi lapar rasa cam nak makan jer.” Izhanshafiq mengerling ke arah Irdina Arina. Kasihan pula di layan seperti itu. Yelah Malang tak berbau. “Ok. Sorry. Jom gi makan ye,” Izhanshafiq memandu masuk ke kawasan R&R.

                Sebaik kereta persona merah tu masuk ke perkarangan rumah Pak Darus, Mak Iti telah menunggu di depan pintu rumah. Cukup kenal dengan kereta anak saudaranya si Izhanshafiq tu. Izhanshafiq membantu Irdina Arina keluar dari kereta. “Ya Allah , apa dah jadi ni Hans, Rina?” setelah masuk ke dalam rumah, Izhanshafiq menjelaskan apa yang terjadi. Mujur Cuma cedera ringan saja.
Setelah makan  malam, telefon bimbit Irdina Arina berbunyi. “Hello Assalamualaikum,” Irdina Arina duduk di beranda rumah. “Waalaikumsalam, woi minah, tadi aku datang rumah kau, nak bagi jadual yang kau minta semalam tu, tapi gelap semacam jer. Nak kata blackout rumah sebelah terang jer,” Fikri Riduan menjenguk2 kalau2 Irdina Arina berada di dalam.
“Eh kau kat mana ni?”   
“Ada kat depan rumah kau lagi ni, Apasal?”
“Aku ada selitkan surat mc kat tepi tingkap tu tolong bagi kat Pengetua. Aku dah telefon dia tadi. Tolong ya?”
“Woi sampai 2 minggu cuti ni apasal? Kau sakit ke?”
“Tak adalah. Jatuh tangga tadi pagi. Tolong ya. Sekarang aku dah kat kampong ni. Ok?Bye,”
“Bye,” Izhanshafiq melangkah pergi dengan hampa.
Setelah sembuh dari kecederaan yang dialami, Irdina Arina dan Izhanshafiq sepakat untuk melakukan majlis pertunangan ringkas sebelum Irdina Arina kembali mengajar ke sekolah. Majlis ringkas itu hanya di hadiri saudara mara. Irdina Arina menyarung sepasang baju kurung putih yang anggun. Hari pertunangan berjalan dengan lancar. “Rin, taka pa ke x jemput kawan2 datang?”  Izhanshafiq membantu Irdina Arina mengemas kain baju untuk pulang ke Muar. “Tak apalah bang. Ti nak kenduri ewa jemputlah. Lagipon majlis kita ni ringkas je,”
Berita pertunangan Irdina Arina sampai ke pengetahuan Ikmal Dhanish. Hatinya rasa bagai terbelah dua. Yang tak diduganya, Izhanshafiq juga menaruh harapan pada Irdina Arina. “Kenapa kau tak bagi tahu aku Hans? Sekurang-kurangnya aku tak menaruh harapan begini pada rina,” Ikmal Dhanish berbicara sendiri. Pandangannya di buang pada awan2 yang terbentang luas. Penerbangannya ke Jerman mungkin salah satu cara baginya lupakan Irdina Arina.
“Wait Rin!” Fikri Riduan menahan Irdina Arina di laluan gajah menyusur. “Dah kenapa dengan dahi kau tu?” Fikri Riduan rasa risau pula tiba-tiba. “Jom pergi kantin amek ais,” Fikri Riduan mengiringi Irdina Arina ke kantin. “Dah lah Fik,tak ada benda pon ni,” Irdina Arina mengambil bungkusan ais dari tangan Fikri Riduan. “Macam ni kata tak ada benda?” Fikri Riduan tonyoh benjol di kepala Irdina Arina. “Woi! Sakitlah bengong,” Irdina Arina mengusap benjol di kepala nya. “Tahu kan sakit kan? Meh la aku tolong tuamkan. Bagi tahulah aku budak mana yang buat kepala jendol kau bertambah jendol ni?” Fikri Riduan sempat melawak lagi dalam seriusnya tu. “Kau ni… Aku ok lah . Nampak? Tak gila lagi pon,” Irdina Arina melawak bagi meredakan kemarahan Fikri Riduan. “Nak tunggu gila la tu baru aku boleh denda budak-budak tu?” Fikri Riduan menahan marah apabila Irdina Arina masih berdiam diri tentang insiden itu.
Pagi-pagi lagi Zaid, Izwan dan Azri dah menunggu Irdina Arina di tempat letak kereta sekolah. Mereka menolong Irdina Arina mengangkat buku-buku dan barang-barang untuk P&P. “Cikgu kami minta maaf pasal semalam. Kami akan ikut program yang cikgu sarankan tu,” Azri mewakili rakan-rakan yang lain memohon maaf kerana menolak Irdina Arina hingga terhantuk di dinding semalam. Dari jauh Irdina Arina perasan Fikri Riduan memantau budak2 ni. Irdina Arina melemparkan senyuman tanda terima kasih pada Fikri Riduan.
               


berblog untuk hiburkan hati ^_^

No comments: