12 October 2012

L.O.V.E in Friendship (part 3)


                Hari minggu inilah yang dinantikan oleh para murid kerana cuti akhir tahun bakal bermula. Tidak terkecuali juga buat guru-gurunya. Mungkin untuk pulang ke kampung halaman atau temujanji dengan buah hati. “ Rina nanti bawak kereta tu hati-hati. Jangan ingat nak cepat sampai je. Biar lambat asal selamat,” Anisa menasihati adik kesayangannya. Seusai subuh tadi, Irdina Arina tersenyum lebar macam orang baru lepas menang loteri. Anisa fikir, takkan lah adiknya main loteri plak.. entah-entah minah ni dah fall in love? Anisa tidak dapat menahan tawa dari imaginasinya sendiri. Irdina Arina pelik melihat kakaknya ketawa sendirian. “Akak ketawa sorang-sorang ni kenapa? Happy semacam mengalahkan saya yang balik kampung pulak.,” Irdina Arina meraba-raba mukanya. Comotkah sampai digelakkan sebegitu rupa. “tak adalah. Aku yang pelik sebenarnya tengok kau menyengih macam kerang dari pagi lagi. Ade pape ke? Lau ade sharelah. Jangan sampai aku pikir pelik-pelik. Tiada rahsia antara kita. Remember?” Anisa memaut Irdina Arina yang lebih tinggi daripadanya. “tak ada rahsialah. Bila dah sampai masanya, aku bagitau ye,” Irdina Arina mengangkat bagasinya ke dalam kereta. Hatinya sudah tidak sabar mahu berjumpa orang tuanya dan buah hatinya, Izhanshafiq. Alangkah gembiranya hati.
                “Hello,” Irdina Arina tersenyum lebar mendengar suara Izhanshafiq di corong telefon. “Hello. Kenapa call malam-malam ni? Esok tak kerja ke?” Izhanshafiq tergelak mendengar Irdina Arina bertanya itu ini. “Sayangku, esokkan Ahad. Naka bang pergi kerja juga ke? Penat tau hari-hari kerja tak ada rehat,” Irdina Arina menahan malu. Macam mana boleh terlupa esok hari minggu. “Ok. Ok. Sorry lupa. Dah jangan menambahkan malu Rin. Ni ada apa call ni?” Irdina Arina ingin tahu, kerana pasti ada sesuatu yang sudah direncanakan oleh Izhanshafiq. “Saje call lah. Takkan nak call buah hati kena tunggu matahari naik kot? Ni yang Hans nak marah ni bukan pasal call, tapi Hans nak tanya sampai rumah mak pukul berapa? Kenape tak update dengan Hans?” Izhanshafiq mula nak membebel nampaknya. “Sorry lagi sekali. Sampai petang tadi. Bukan sengaja tak nak update tapi tak nak kacaulah. Kan office hour tak habis lagi,” Bagus betul detik hati Izhanshafiq. Nampaknya gadis pilihan hatinya agak bertimbang rasa tak macam sesetangah pasangan yang bertengkar kerana hendakkan perhatian dari partner masing-masing. “esok keluar ye. Hans amik kat rumah. Beritahu mak bakal menantu dia nak datang. Masak sedap-sedap tau. Mmm.. Bukan mak masak, Hans nak Rina yang masak. Boleh?” Izhanshafia sengaja mengenakan buah hatinya. Irdina Arina menelan air liur. “Boleh. Tapi kalau tak sedap, jangan komplen tau!”
                Selesai mengemas biliknya, Pn. Rafeah mengatur langkah ke dapur. Sambil merapikan ikatan sanggulnya, Pn. Rafeah pelik memerhatikan rumahnya yang sudah berkemas. Terdengar pula bunyi orang bekerja di dapur. “Wah awalnya anak dara mak bangun. Siap kemas masak semua. Nak keluarlah tu?” Irdina Arina tersenyum melihat ibunya. Melihat jam di tangan baru pukul 8.30 pagi. Terkejut juga Irdina Arina kerana kerja sudah disiapkan semuanya. “Ha’ah mak. Rin nak keluar sekejap nanti ada hal sedikit. Rin tumpang Abang Hans je nanti alang-alang dah nak pergi tempat yang sama. Em, lepas tu nak pergi barang sedikit kat Plaza Angsana. Boleh ye?” Irdina Arina memeluk erat ibunya. Berdebar-debar juga, risau ibunya tidak mengizinkan. “Jangan balik lambat. Mana mi goreng mak ni?” Irdina Arina tersenyum manja pada ibunya.
                “Cik Yah, nanti Hans pulangkan anak Cik Yah ni dengan selamat. Insya Allah…” Izhanshafiq berbasa basi pula dengan Pn. Rafeah. Irdina Arina tersenyum melihat telatah buah hatinya.
“Buat apa pergi PPD tadi?” Izhanshafiq memandu kereta keluar dari PPD.
“Hantar surat. Lapor diri. Kan Rin dapat pindah sini. Lupalah tu,” kata Irdina Arina sambil menarik tali pinggang keledar. Izhanshafiq terkedu. “Nampaknya lepas ni Hans kena buat PJJ la,” Irdina Arina mengerut dahi mendengar luahan Izhanshafiq. “PJJ apa? Hans kan dah ada Ijazah Sarjana,” Izhanshafiq hampir saja ketawa menyembur mendengar kata-kata Irdina Arina. “Bukan Pembelajaran Jarak Jauh lah, tapi Percintaan Jarak Jauh,” mereka berdua ketawa geli hati.
                “Selamat pagi cikgu-cikgu. Hari ini saya nak memperkenalkan seorang guru baru kita yang baru berpindah dari Gombak. Dipersilakan Cikgu Irdina Arina,” Irdina Arina segera berdiri apabila Tn. Ahmad Daim memandang ke arahnya. “Assalamualaikum semua. Saya rasa gembira sangat dapat balik ke sekolah ni,” Seorang guru lelaki dalam pertengahan umur tiba-tiba mengangkat tangan dan bertanya, “Maksud cikgu? Dulu praktikal kat sini ke?” Irdina Arina sedikit tergelak kerana cikgu tersebut bertanya sebegitu. “Bukanlah cikgu, dulu saya student kat sini. Batch 02/03. Cikgu Ahmad Daim ni dulu guru kelas saya,” Tn. Ahmad Daim mengerutkan dahinya seperti mengingatkan sesuatu. “Kalau macam tu, samalah dengan…” Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat di buka. Seorang guru lelaki muda masuk dalam keadaan terburu-buru. “Maaf saya lambat,” cikgu muda itu terus mengambil tempat bersebelahan cikgu pertengahan umur tadi. “Samalah dengan Cikgu Fikri Riduan,” Irdina Arina memandang kearah yang ditunjuk oleh Tn. Ahmad Daim. “Shinchan?” ayat tu terpacul dari mulut Irdina Arina. Fikri Riduan terpinga-pinga kenapa namanya tiba-tiba di sebut oleh Guru Besar. Dan yang menambah memeningkan kepalanya kenapa minah ni panggil dia Shinchan? Fikri Riduan amati wajah cikgu wanita yang bediri di hadapannya. “Rina?” serentak itu Fikri Riduan berdiri. “Yup, Apa khabar Fikri? Lama tak dengar cerita,” Fikri Riduan tergelak. Tak sangka aada juga kawan-kawannya yang nak kembali ke sini. “Cikgu, nilah budak yang gila Math tu. Yang suka pergi meja cikgu minta soalan extra tu.” Irdina Arina terkejut di usik sebegitu oleh Fikri Riduan. Cikgu-cikgu lain agak terkejut. Lagi-lagi guru-guru wanita muda di situ. Jarang bagi mereka melihat guru disiplin muda tu ketawa dan berbual dengan guru-guru lain. 

berblog untuk hiburkan hati ^_^

No comments: