02 October 2012

L.O.V.E in Friendship (part 2)

keadaan di hospital agak tegang, kegelisahan jelas terpancar di wajah Ikmal Dhanish. Semasa doktor sedang mencuci luka Irdina Arina, Ikmal pula yang terasa pedihnya. "tak da ape2 pon ni..cuma luka dalam je...tapi kne jaga la luka ni takut jadi infeksi pula..tempat luka ni tukar lau basah ti," doktor menyudahkan cucian pada luka Irdina Arina. Ikmal Dhanish membantu Irdina Arina berjalan. Pn. Hani pun turut menolong terunanya memapah Irdina arina yang sudah dianggap seperti anak sendiri. dalam perjalanan pulang Irdina Arina hanya termenung memikirkan Izhanshafiq. Hatinya gembira kerana dia tidak menepuk sebelah tangan sahaja rupanya selama ni. Pn Hani pelik melihat Irdina Arina tersenyum sendirian. "hai Rin, Mak Ani xtau pon cedera ni nikmat rupanya? Kenapa senyum sorang2 ni?" Pn.Hani merapatkan tubuhnya dengan anak susuannya. lama tak berjumpa rindu pula rasanya. "Tak adalah Mak Ani. teringat something tu yang tersenyum tu," Irdina Arina kalis takut ada yang terhidu perasaannya sekarang.
      "ha, turun pelan2 tu...," Ikmal Dhanish membantu Irdina Arina turun dari kereta. ikutkan rasa hatinya, ingin saja di dukung wanita itu. Terdengar suara Ikmal Dhanish di luar rumah membuatkan Izhanshafiq bergegas ke pintu. Diperhatikan Irdina Arina adakah teruk lukanya. Izhanshafiq hanya kaku melihat Ikmal Dhanish menyentuh dan memaut wanita kesayangannya. "masuk dalam ti terus masuk tidur taw. tidur atas tilam jangan tidur atas lantai macam semalam pulak.. Menggigil Mal tengok Rin," Ikmal Dhanish mengusap kepala Irdina Arina dengan niat nak membantu wanita itu segera lena. "Ikmal, tak selesalah macam ni. tak payah pegang pale lah." Irdina Arina menyuarakan luahan hatinya, tapi bimbang juga terusik hati lelaki itu. "oh, ok," Ikmal Dhanish mengambil tempat di sofa bersebelahan dengan Irdina Arina.

     "Rin dah bangun? Gi cuci muka dan makan jom," Pn.Hani menegur Irdina Arina yang berdiri mamai di muka pintu dapur. Irdina perlahan menuju ke bilik air. semasa melintasi ruang makan tadi tak nampak pulak kelibat Izhanshafiq. Irdina sengaja memilih tempat di sebelah Pn. Syarifah. "Mak Pah, Hans tak bangun lagi ke?" Irdina Arina menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya. "Lepas subuh tadi dia balik. ade hal katanya. masa tu Rin tidur lagi dia kata tak payah kejut Rin dan dia minta maaf pasal semalam katanya. Ada apa2 Hans buat kat Rin ke? Lau ada bagitau Mak Pah, Biar Mak Pah ganyang dia balik ti," Irdina Arina hanya tersenyum. dalam hatinya tertanya-tanya kenapa Izhanshafiq peregi macam tu saja. baru saja dia ingin luahkan isi hatinya pada Izhanshafiq.

     Telefon berdering entah buat kali ke berapa pun dia tak tahu. Izhanshafiq duduk di sofa termenung. Mindanya hanya mengingati Irdina Arina saja. Adakah dia mungkin ada perasaan aku juga? ah! bodohnya ku. nape aku tak tunggu dia nak kata pae2 ke kat aku.. Izhanshafiq berlawan dengan dirinya sendiri.Izhanshafiq hanya melepaskan sesalannya saja di situ.

     Lengkap berbaju kurung warna lembut, Irdina Arina  mengatur langkah memasuki bangunan TM Berhad. Irdina Arina menghampiri kaunter pertanyaan. "Assalamualaikum, maaf saya nak tanya pejabat En. Izhanshafiq aras berapa ye?". Pegawai yang berada di situ meneliti carta yang melekat di dinding tepinya. "Cik, maaf bertanya, boleh saya tahu cik ada temujanji ke dengan En. Izhanshafiq?"
"saya x buat. tapi bagitahu sepupu dia Irdina Arina."
"sebentar ye," gadis tu mengangkat gagang dan mendail entah nombor siapa. "En. izhanshafiq sedang bermesyuarat tapi, cik boleh tunggu di depan pejabatnya. Di aras 4 Utara"
"Terima kasih ye," Irdina Arina mengatur langkah ke aras 4. Susun atur pejabat Izhanshafiq sangat kemas. Irdina Arina berasa kagum dengan sepupunya. Sudahlah berupa, bergaya, kemas pula tu. Irdina Arina mengambil tempat di sofa berhadapan meja Izhanshafiq.
" Aku dah buat part aku. tinggal part belakang tu kau kena lah tengok jugak. ha, pastu jangan lupa pulak tunjukkan kat boss. aku minggu depan outstation" rancak Izhanshafiq berbual dengan teman sekerja dan tidak sedar akan kehadiran Irdina Arina di belakangnya. "Bro, ada guest la. aku keluar dulu k? cun tu. pass la ke mari lau single lagii. ha5..k aq gerak dulu." Izhanshafiq menoleh ke belakang. "Rin! Buat ape kat sini?" Izhanshafiq mengemaskan tali lehernya. "Hans, takkan lah Rin x boleh datang sini kot? Dahlah haritu balik tak pamitan pun dengan Rin. Sampai hati kan?" Irdina Arina menundukkan wajahnya. "bukan abg xnak jumpa Rin tapi Rin tengah tidur, abang tak sampai hati nak kejut Rin," Izhanshafiq tersasul membahasakan dirinya  abang. sebab selama ni Irdina Arina hanya memanggil Izhanshafiq dengan nama sahaja. Jantung Irdina Arina berdegup laju mendengar Izhanshafiq membahasakan dirinya 'Abang'.

    Irdina Arina pulang ke rumah dengan senyuman lebar sampai ke telinga. Pertemuannya dengan Izhanshafiq sebentar tadi melapangkan fikiran dan dadanya. "woi rin! Dah kenapa tu? tersengij sorang2 macam orang kena sampuk ja," Anisa keluar dari ruang dapur sambil membawa secawan teh. "tak da papelah kak. baru dapat durian runtuh....kak, Rin baru dapat surat`dari Jabatan tadi kat sekolah. yeah Rina dapat pindah Johor. dapat duduk dekat ngan mak," Irdina Ariina melompat setempat dengan riang. "untunglaaah, bila pindah nye?" Irdina Arina mengira hari. "awal bulan depan maybe?" Anisa membelek2 kalendar yang melekat di dinding. " woi1 2 minggu lagi la.. Kesian aku tinggal sorang2," Irdina Arina memegang bahu Anisa. "jang sedih aku selalu datang sini ti ye..,"


berblog untuk hiburkan hati ^_^

No comments: