26 September 2012

L.O.V.E in Friendship (part 1)

BAHAGIAN 1


Malam itu tidur Irdina Arina terganggu. Badannya entah dah kali ke berapa dia pusing ke kiri dan ke kanan. Sengaja dia  memilih tidur di runag tamu malam itu kerana ingin menghabiskan malam menonton drama2 menarik di tv. Irdina Arina dan sepupunya yang lain memang akan berkumpul di ruang tamu jaka pulang ke kampong nenek mereka bersama. Tiba2 Irdina Arina merasa ada kelibat seseorang di belakangnya. Perlahan-lahan Irdina Arina menoleh ke belakangnya. “HAAH!!” Irdina Arina mengurut dadanya terkejut melihat Izhanshafiq duduk termenung di atas sofa. Mujur saja jeritannya tidak mengejutkan saudara lain Irdina Arina bangkit duduk di sebelah Izhanshafiq. “kenapa ni Hans?ade masalah ke?” Izhanshafiq memandang wajah Irdina Arina selama beberapa saat. “ erm… TAk ada apa2 lah. Ade satu dua benda je yang serabutkan kepala hans sekarang.” Izhanshafiq mengeluh. Dia tidak tahu semenjak bila dia mula menaruh hati pada sepupunya sendiri. Menyebut tentang itu, izhanshafiq teringat akan perbualannya dengan Ikmal Dhanish petang tadi.
“hans, cuba kau perhatikan si Arina tu. Makin di pandang makin cantik pulak aku rasa. Gak2 lau aku usya, mau ke tidak dia kat  aku?” Ikmal Dhanish menyuarakan isi hatinya pada sepupunya yang juga sahabat karibnya. Izhanshafiq merenung nasi di pinggan. Terasa pasir yang di telan. Nampaknya semacam dia tidak berpeluang untuk memiliki hati wanita berjawatan guru itu. “ Eh kau ni Hans, aku Tanya diam je. Menjawab tidak mengangguk pun tidak. Apa hal ni? Sakit ke?” Ikmal merenung ke wajah izhanshafiq. “ eh tak ada lah. Aku sihat jer. Kau Tanya ape tadi? Oh! Pasal Rina.. tu aku tak pastilah. Kau tanyalah dia sendiri mahu ke tidak dia pada kau,” Izhanshafiq senyum tawar dan mengangkat pinggan ke dapur. Semasa berselisih dengan Irdina Arina, Izhanshafiq memandang wajah ayu itu sekali lalu.
“Hans,nape termenung lagi ni? Rina buat salah ey? Rina minta maaf lau dah menyinggung perasaan hans,”Irdina Arina mencari mata Izhanshafiq yang hanya memandang satu sudut ruang saja. Tiba2 Izhanshafiq menoleh ke arah Irdina Arina dan berkata halus, “ Hans, sayang sangat kat Rina. Lebih daripada sekadar sepupu. Hans, dah lama nak luahkan pada rina tapi Hans sedar kekurangan diri Hans. Hans tak kacak, tak berduit banyak. Rina ada tak jawapan untuk luahan hati Hans ni?” Izhanshafiq berterus terang. Tidak dapat lagi di sembunyikan rasa hati yang telah lama tersimpan. Irdina Arina jadi kaget sebentar. Semacam tak percaya dengan apa yang di dengarnya sebentar tadi. “Hans suka Rina?” Irdina Arina bertanya semula kepada Izhanshafiq. Hati Irdina Arina berdetik, ‘ aku mimpi gak nya ni. Rina bangun2’ Irdina Arina mengatur langkah ke dapur. Tekaknya rasa kering kerana mimpinya membuat dia berasa sungguh panas. Izhanshafiq mengikut Irdina Arina di belakang. Dia khuatir akan Irdina Arina kerana selepas dia meluahkan perasaannya pada Irdina Arina, wanita itu seperti blur sebentar. PRANGGG!!!!!!! Gelas yang di pegang Irdina Arina terlepas dari tangannya kerana terkejut akan kehadiran Izhanshafiq di belakangnya. Secara tidak sengaja, kakinya tertusuk kaca yang bersepai di atas lantai. “Aduh!!” Irdina Arina mengaduh kesakitan melihat darah mengalir keluar dari telapak kakinya. “Rina, ok tak ni? Sini Hans tengok,” Izhanshafiq cemas melihat airmata wanita itu mengalir. “Sakit,” akibat fobia akan darah, Irdina Arina rebah. Tidak sedarkan diri.
“Ya Allah bunyi ape pula tu?” Ikmal Dhanish terjaga dari lenanya. Dia mengatur langkah ke arah bunyi tadi. Jantungnya bagai terhenti melihat Irdina Arina rebah di sisi Izhanshafiq. “Woi, Hans! Apahal ni wei?” Ikmal Dhanish mengoncangkan tubuh Izhanshafiq yang jelas panic melihat tubuh Irdina Arina kaku di sisinya. “Ikmal Dhanish bertinadak segera mengangkat Irdina Arina ke dalam kereta. Di kejut Abahnya dan ibu untuk membawa Irdina Arina ke hospital. Mak Izhanshafiq meluru ke dapur setelah melihat Ikmal meangkat adik sepupunya kedalam keretanya. “Hans, kenapa dengan Rina?” Pn Arpah bertanya, tapi Izhanshafiq terus membisu dan mengemas serpihan kaca di atas lantai. Pn. Arpah bertanya dalam hatinya, ‘ Apa dah jadi sebenarnya? Kenapa dengan Arina? Kenapa anak aku jadi diam je??’


berblog untuk hiburkan hati ^_^